Promoting Health in Times of Economic Hardship
As we are all aware, we are in uncertain economic times and our country has not been spared from the impact of global volatilities. At all levels of MOH, it is important that we seek ways to reduce wastage and cut unnecessary costs, but without any reduction in efficiency and productivity, or compromising the quality of healthcare.
Our work in MOH is premised upon service delivery, in every sphere and at every level. It is so encouraging that of late people who use our public hospitals and clinics have expressed their appreciation and satisfaction for the services provided by our staff. This should continue to motivate and inspire us especially our staff in the front line, to continue with their good work. Having said that, we must always be reminded that nothing can replace the truly caring hearts of our care providers; not even the latest technology and equipment. During these hard times, it is hoped that our high quality of service can continue to be maintained, and selfless dedication continues to be the hallmark of the MOH family.
There will always be new challenges in healthcare, which confront us from time to time. Hence we need to be prepared and reminded that Health is the key in every sector of society. Every sector is a health sector in line with our new Sustainable Development Goals (SDGs).
Today we still must contend with combating problems such as Dengue, typhoid, MERS-CoV, Ebola while being confronted with a new global concern, namely the Zika virus. It is important that all of us in MOH understand the various implications of this vector borne disease, i.e. the same mosquitoes that also carry the dengue virus; so that we will be in a good position to manage the problems related to it. At the same time, it is our responsibility to help educate the public on how, at their own levels, they themselves can do what is necessary to ensure their immediate environment is mosquito free and clean. The public themselves can prevent the occurrence of such diseases.
It is important to have continuous engagement and communication with the public on awareness and disease prevention and focus on personal health management. This must be an ongoing effort, and it must be effective in reaching out to make issues and challenges more visible.
The public must be made aware constantly, that prevention is better than cure. Healthcare is a shared responsibility. Our engagement, communication and outreach should be as extensive and intensive as possible. Each level of MOH staff have a role to communicate to the public that they interface with, in the most effective way. Together we can achieve our targets to reduce incidence of diseases that have become prevalent now, in line with our vision; ‘A Nation Working Together for Better Health’.
Mempromosikan Kesihatan Semasa Keperitan Ekonomi
Seperti yang kita semua sedia maklum, kita berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan negara kita tidak terlepas daripada kesan turun naik global. Di semua peringkat KKM, ianya adalah penting untuk kita mencari jalan untuk mengurangkan pembaziran dan mengurangkan kos yang tidak perlu, tetapi pada masa yang sama memastikan tiada pengurangan daripada segi kecekapan dan produktiviti, atau menjejaskan kualiti penjagaan kesihatan.
Tugas kita di KKM adalah berlandaskan penyampaian perkhidmatan, dalam setiap bidang dan di setiap peringkat. Ianya begitu menggalakkan apabila terdapat orang ramai yang menggunakan hospital awam dan klinik-klinik kita yang telah menyatakan penghargaan dan kepuasan mereka untuk perkhidmatan yang disediakan. Ini perlu terus memberi motivasi dan inspirasi kepada kita terutamanya kakitangan di barisan hadapan untuk meneruskan kerja baik mereka. Walaubagaimana pun, kita perlu sentiasa beringat bahawa tiada apa yang boleh menggantikan sifat penyayang yang lahir daripada hati sanubari para petugas penjagaan kesihatan kita; bahkan bukan teknologi mahupun peralatan terkini. Pada waktu yang sukar, adalah diharapkan perkhidmatan kita yang berkualiti tinggi dapat terus dikekalkan, dan dedikasi serta sifat tidak mementingkan diri sendiri terus menjadi lambang keluarga Kementerian Kesihatan.
Akan sentiasa ada cabaran baru dalam penjagaan kesihatan yang kita hadapi dari semasa ke semasa. Oleh itu, kita perlu bersedia dan beringat bahawa kesihatan adalah kunci dalam setiap sektor masyarakat. Setiap sektor adalah sektor kesihatan selaras dengan matlamat kita yang baru dalam Sustainable Development Goals (SDG).
Pada hari ini kita masih perlu berdepan dengan memerangi masalah-masalah seperti denggi, kepialu, MERS-CoV, Ebola dan pada masa yang sama berhadapan dengan kebimbangan global baru iaitu virus Zika. Ianya adalah penting bahawa warga KKM memahami tentang pelbagai implikasi penyakit bawaan vektor ini, iaitu nyamuk yang sama juga membawa virus denggi; supaya kita akan berada dalam kedudukan yang baik untuk menguruskan sebarang masalah yang berkaitan dengannya. Pada masa yang sama, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mendidik orang ramai mengenai bagaimana, di peringkat masing-masing, mereka sendiri boleh melakukan apa yang perlu untuk memastikan persekitaran terdekat mereka adalah bebas nyamuk dan bersih. Orang ramai sendiri boleh mengelakkan berlakunya penyakit-penyakit tersebut.
Ianya adalah penting untuk mempunyai penglibatan yang berterusan dan berkomunikasi dengan orang awam mengenai kesedaran dan pencegahan penyakit serta memberi tumpuan kepada pengurusan kesihatan peribadi. Ini mesti menjadi suatu usaha yang berterusan, dan ianya mesti berkesan dalam menjadikan isu-isu dan cabaran kesihatan lebih terserlah.
Orang ramai perlu sentiasa diberi kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama. Penglibatan bersama, berkomunikasi dan outreach perlu seberapa luas dan intensif yang mungkin. Setiap peringkat kakitangan KKM mempunyai peranan untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang paling berkesan kepada orang ramai yang mereka temui. Bersama-sama kita boleh mencapai sasaran untuk mengurangkan kejadian penyakit yang telah menjadi berleluasa sekarang, sejajar dengan visi kita ‘Bekerjasama Sebagai Satu Negara Demi Kesihatan yang Lebih Baik’.
Sekian, terima kasih
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Director-General of Health Malaysia
13 Mac 2016
Categories: Communicable disease, Dengue, Ebola, MERS-CoV, Non-communicable disease, Primary Care & Community, Uncategorized, Zika