Food Safety

Kenyataan Akhbar KPK 16 Mac 2016: Isu Kandungan Sulfur Dioksida pada Paras Tinggi dalam Penyepit Buluh Pakai Buang (Disposable Bamboo Chopsticks) di China

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

ISU KANDUNGAN SULFUR DIOKSIDA PADA PARAS TINGGI DALAM PENYEPIT BULUH PAKAI BUANG (DISPOSABLE BAMBOO CHOPSTICKS) DI CHINA

bamboo-chopsticks

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum pertanyaan daripada pihak media dan orang awam kebelakangan ini serta laporan “Cheap chopsticks may be toxic, expert says” daripada laman sesawang http://usa.chinadaily.com.cn bertarikh 19 Mac 2013 berkaitan kandungan sulfur dioksida pada paras tinggi dalam penyepit buluh pakai buang (disposable bamboo chopsticks) di China.

Sulfur dioksida dipercayai digunakan sebagai agen peluntur (bleaching agent) dan juga untuk mengelakkan serangan kulat dalam pembuatan penyepit buluh. Food Sanitation Standard, Food and Drug Administration (FDA) Taiwan telah menetapkan standard residu sulfur dioksida adalah tidak melebihi 500 parts per million (ppm) dalam penyepit buluh. Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu. Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kepekatan yang dibenarkan tetapi ianya boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan.

Sebelum ini, KKM telah memantau penyepit buluh untuk memastikan ianya selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Hasil pemantauan tersebut menunjukkan kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh adalah rendah daripada paras yang ditetapkan oleh FDA Taiwan iaitu pada paras tidak melebihi 22 ppm.

KKM akan terus memantau paras kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh bagi memastikan ianya selamat.

Sehubungan itu, pengguna tidak perlu khuatir kerana KKM sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu perkakas makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia    

16 Mac 2016 

Categories: Food Safety, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s