Food Safety

Kenyataan Akhbar KPK 24 Mac 2016: Isu Penarikan Balik Produk “Spring Bay Australian Mussels” Keluaran Spring Bay Seafoods Pty Ltd di Australia

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

ISU PENARIKAN BALIK PRODUK SPRING BAY AUSTRALIAN MUSSELS” KELUARAN SPRING BAY SEAFOODS PTY LTD DI AUSTRALIA

Screen Shot 2016-03-24 at 12.26.24

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan daripada pihak Food Standard Australia New Zealand (FSANZ) pada 21 Mac 2016 mengenai syarikat Spring Bay Seafoods Pty Ltd yang telah menarik balik produk “Spring Bay Australian Mussels” daripada pasaran tempatan Australia kerana didapati tercemar dengan sejenis biotoksin dikenali sebagai “Diarrhetic Shellfish Toxins” (DST).

Berdasarkan maklumat daripada Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), tiada pengimportan bagi produk daripada syarikat terlibat ke negara ini. Perkara ini turut disahkan oleh pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan yang telah tercemar atau mengandungi bahan berbahaya yang memudaratkan kesihatan tidak dibenar dijual kepada orang ramai.

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

24 Mac 2016

Categories: Food Safety, Press

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s