Kenyataan Akhbar KPK 10 April 2016: Situasi Terkini Demam Denggi & Zika di Malaysia bagi Minggu 13/2016 (27 Mac – 2 April 2016)

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

SITUASI TERKINI

DEMAM DENGGI DAN ZIKA DI MALAYSIA

Bagi Minggu 13/2016 ( 27 Mac hingga 2 April 2016)

Screen Shot 2016-04-10 at 14.13.34

Secara keseluruhan, tren kes Demam Denggi di negara ini menunjukkan penurunan kes bermula dari bulan Februari dan berterusan sehingga akhir Mac 2016, iaitu tren yang sama seperti pada tahun lepas. Pada minggu ke-13 tahun 2016, bagi tempoh 27 Mac hingga 2 April, sejumlah 2,130 kes Demam Denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding 2,135 kes pada minggu sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 5 kes. Namun, terdapat tujuh (7) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor 35 kes (2.9%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 15 kes (10.4%), Sarawak 12 kes (24.0%), Sabah 8 kes (28.6%), Negeri Sembilan 2 kes (3.3%), Perlis 1 kes (50.0%) dan Pahang 1 kes (2.0%). Daripada Januari hingga 2 April 2016, jumlah kumulatif kes Demam Denggi telah menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 8.9% (3,046 kes) iaitu 37,190 kes bagi tahun ini, berbanding 34,144 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015.

Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menunjukkan bilangan kematian yang dilaporkan pada minggu ke-13 adalah sebanyak dua (2) kematian iaitu yang berlaku di negeri Selangor. Bagi tempoh yang sama, terdapat penurunan sebanyak 19.4% atau 21 kematian Denggi. Pada tahun ini, sebanyak 87 kematian dilaporkan berbanding 108 kematian bagi tempoh sama tahun 2015.

Di samping itu, lokaliti wabak juga menunjukkan penurunan daripada 848 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 792 lokaliti pada minggu ke-13 iaitu pengurangan sebanyak 6.6%. Manakala hotspot berkurang daripada 192 hotspot kepada 177 hotspot pada minggu ke-13. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan enam (6) buah negeri iaitu di Selangor (139 lokaliti), Johor (28 lokaliti), Perak (4 lokaliti), WPKL & Putrajaya (3 lokaliti), Negeri Sembilan (2 lokaliti) dan Terengganu (1) lokaliti.

Screen Shot 2016-04-10 at 14.12.28

KKM akan mengadakan aktiviti penguatkuasaan bagi pembiakan Aedes bermula 11 April 2016 selama 2 bulan. Tumpuan aktiviti ini adalah di lokaliti hotspot dan premis kediaman. Namun aktiviti penguatkuasaan di tapak binaan diteruskan kerana hasil pemantauan KKM dari bulan Januari hingga Mac 2016, didapati daripada sebanyak 2,334 tapak binaan yang diperiksa, sebanyak 743 tapak binaan atau 31.8 %  ditemui ada pembiakan Aedes.

Mengenai situasi terkini jangkitan virus Zika oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 30 Mac 2016, menunjukkan sebanyak 61 buah negara telah melaporkan jangkitan virus Zika. KKM sedang memantau kes-kes yang mempunyai gejala-gejala yang sama seperti virus Denggi dan Zika melalui survelans makmal. Sehingga 2 April 2016, sebanyak 451 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), namun tiada jangkitan virus Zika yang dikesan sehingga kini.

Jangkitan Zika dan Denggi boleh dicegah sekiranya langkah-langkah pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes dilakukan. Pihak masyarakat disarankan untuk meluangkan masa sekali dalam seminggu untuk memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes dan membersihkan di persekitaran dalam dan luar premis masing-masing.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

10 April 2016

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s