Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 13 April 2016: Kerjasama di antara KKM dengan Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) untuk Penyelidikan Klinikal Hepatitis C

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

KERJASAMA DI ANTARA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DENGAN DRUGS FOR NEGLECTED DISEASES initiative (DNDi) UNTUK PENYELIDIKAN KLINIKAL HEPATITIS C

Screen Shot 2016-04-13 at 19.11.59

Satu perjanjian telah dimeterai di antara Drugs for Neglected Diseases initiative (DNDi) dan Clinical Research Malaysia (CRM) pada 13 Januari 2016 yang lepas untuk menjalankan kajian klinikal bagi rawatan Hepatitis C di Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). DNDi ialah sebuah pertubuhan penyelidikan dan pembangunan yang tidak berasaskan keuntungan. KKM sebagai ahli pengasas DNDterlibat dalam aktiviti DNDdi mana Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia merupakan Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors Member) DNDdan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) merupakan Ahli Jawatankuasa Penasihat Saintifik (Scientific Advisory Committee Member).

Pada 13 April 2016 di International Liver Congress 2016, Barcelona, Sepanyol, DNDi telah mengumumkan perjanjian dengan pengeluar perubatan di negara Mesir, Pharco Pharmaceuticals (Pharco) yang meliputi kajian klinikal dan rawatan regimen Hepatitis C pada harga yang kurang daripada USD$300 untuk satu rawatan.

Kerjasama di antara DNDi dan Kementerian Kesihatan Malaysia merangkumi Fasa II/III kajian klinikal untuk kombinasi terapi ubatan baru ravidasvir dan sofosbuvir di kalangan pesakit Hepatitis C di Malaysia. Ravidasvir ialah inhibitor NS5A, salah satu generasi baru direct-acting antivirals untuk rawatan hepatitis C. Dalam Fasa III penyelidikan klinikal di Mesir yang dijalankan oleh Pharco, ravidasvir menunjukkan kadar penawar sehingga 100% untuk Hepatitis C Genotype 4 apabila digunakan secara kombinasi dengan sofosbuvir.

Pada bulan Julai 2016, Fasa II/III penyelidikan klinikal akan bermula di hospital-hospital Kementerian Kesihatan dan hospital universiti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang terpilih di Malaysia. Penyelidikan ini akan mendaftar lebih kurang 400 peserta kajian klinikal dan akan menilai keberkesanan, keselamatan dan farmakokinetik ravidasvir dan sofosbuvir yang merupakan ubatan kombinasi oral untuk pesakit di pelbagai peringkat komplikasi fibrosis hati, genotype dan dengan atau tanpa co-infection HIV. Matlamat awal penyelidikan klinikal adalah untuk menilai regimen rawatan baru untuk Hepatitis C.

Jangkitan viral Hepatitis C di Malaysia merupakan satu beban klinikal dan sosial Kerajaan Malaysia. Rawatan yang lebih berkesan adalah perlu untuk menghasilkan impak kepada jumlah kes yang semakin meningkat. Pada 2009, sebanyak 453,700 orang hidup dengan jangkitan Hepatitis C di Malaysia dengan anggaran beban penyakit ini adalah setinggi 2.5% hingga 3.5%.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

13 April 2016

Screen Shot 2016-04-13 at 21.31.17

Siaran media DNDi 13 April 2016. Sumber: DNDi

Screen Shot 2016-04-13 at 21.31.28

download.png

Drugs for Negelected Diseases initiative (DNDi) ialah sebuah pertubuhan penyelidikan dan pembangunan yang tidak berasaskan keuntungan dan bertindak untuk menyampaikan rawatan baru untuk neglected disease khususnya leishmaniasis, human African trypanosomiasis, penyakit Chagas, infeksi filarial yang spesifik, pediatrik HIV, mycetoma dan hepatitis C. Sejak penubuhan DNDi pada 2003, DNDi telah menyampaikan enam rawatan: dua fixed-dose antimalarials (ASAQ dan ASMQ), rawatan kombinasi nifurtimox-eflornithine untuk peringkat akhir sleeping sickness, kombinasi terapi sodium stibogluconate dan paromomycin (SSG&PM) untuk visceral leishmaniasis di Afrika, satu set terapi kombinasi untuk visceral leishmaniasis di Asia dan dos pediatrik dalam bentuk benznidazole untuk penyakit Chagas. DNDi telah menubuhkan satu platform penyakit khusus serantau yang membawa bersama rakan kongsi dari negara-negara penyakit endemik untuk mengukuhkan keupayaan kajian klinikal yang sedia ada, serta membangunkan kapasiti baru di mana perlu. Maklumat lanjut mengenai DNDi boleh didapati daripada laman web www.dndi.org

Screen Shot 2016-04-13 at 10.00.17.png

Clinical Research Malaysia (CRM) ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak berasaskan keuntungan. Ia telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 bertujuan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi industry sponsored research (ISR). CRM juga bertanggungjawab melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti kemudahan penjagaan kesihatan awam dan swasta dalam menjalankan ISR. Maklumat lanjut mengenai CRM boleh didapati daripada laman web www.clinicalresearch.my

Screen Shot 2016-04-13 at 11.55.03

Baca dengan lebih lanjut di sini

 

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s