Situasi Terkini Denggi hingga 9 April 2016: 39,221 kes dan 90 kematian

MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIAN BIL 7/2016 PADA 13 APRIL 2016

Screen Shot 2016-04-13 at 10.24.29

Pemantauan KKM menunjukkan bahawa kes denggi yang dilaporkan di seluruh negara terus menunjukkan penurunan kes iaitu daripada 3,500 kes seminggu pada bulan Januari 2016 kepada purata 2,000 kes seminggu pada bulan April 2016. Bagi tempoh 3 April sehingga 9 April 2016, sebanyak 2,031 kes denggi dengan 3 kematian dilaporkan seminggu.

Dari Januari sehingga 9 April 2016, jumlah kumulatif kes denggi adalah sebanyak 39,221 kes, berbanding 35,701 kes bagi tempoh yang sama pada 2015, peningkatan sebanyak 9.9% (3,520 kes). Dalam tempoh yang sama, jumlah kumulatif kematian denggi adalah sebanyak 90 kematian berbanding 113 kematian bagi tempoh yang sama pada 2015, menunjukkan pengurangan sebanyak 23 kematian (20.4%).

This slideshow requires JavaScript.

Hasil pemantauan KKM, mendapati tren kes denggi menunjukkan corak yang sama untuk tempoh 2 tahun kebelakangan ini. Sehubungan itu KKM menjangkakan kenaikan kes denggi akan berlaku pada bulan Mei sehingga Julai 2016. Oleh itu, bagi membendung peningkatan kes ini, pihak KKM telah merancang satu Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar-besaran di seluruh negara bermula pada 11 April 2016 untuk tempoh 2 bulan, yang bertujuan untuk memastikan tiada pembiakan Aedes terutama di premis kediaman di lokaliti hotspot dan wabak dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi peringkat negeri. Jabatan Kesihatan Negeri, perlu membuat pemantauan setiap hari aktiviti ini. Adalah diharapkan agar Operasi penguatkuasaan ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.

12961371_826304064180180_2085673964104797704_o

Selain itu, KKM amat mengalakkan penglibatan lain-lain kementerian dan agensi dalam aktiviti pencegahan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes mengikut bidang kuasa masing-masing. Namun begitu pelaksanaan aktiviti ini juga mesti dipantau dan mempunyai kesinambungan (sustainability) misalnya aktiviti pencegahan denggi di tempat kerja, program COMBI di bawah LA 21, Program Bebas Denggi di sekolah / IPT dan sebagainya.

Semasa Mesyuarat ini juga, kami telah mendengar satu pembentangan daripada iM4U berkaitan aktiviti pencegahan denggi yang dilaksanakan di seluruh negara. Adalah diharapkan melalui penglibatan golongan belia dengan kepelbagaian kreativiti akan dapat membantu mengurangkan kejadian kes denggi di negara ini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

13 April 2016

Screen Shot 2016-04-13 at 10.25.46.png

This slideshow requires JavaScript.

One Comment Add yours

  1. Professor Johari Surin says:

    As Salaamualaikum, Dato’ Noor Hisham,
    Tren peningkatan pembiakan Ae. albopictus membimbangkan kerana ini bermakna densiti nyamuk yang tinggi boleh menularkan demam denggi klasikal (DF). Tetapi peningkat bilangan Ae aegypti amat lebih membimbangkan kerana kajian menunjukkan spesies Ae aegypti dikaitkan dengan sindrom denggi kejutan (DDS). Tumpuan kegiatan pembanterasan pembiakan nyamuk perlu dipertingkatkan di kawasan dan lokasi yang mana kepadatan penduduknya tinggi, spt, tempat tinggal flat multistory, apartments, kawasan setinggan. Langkah ini menghasilkan bilangan pengurangan kes denggi yg dibanteras menjadi lebih berkesan. Pada musim panas dan kurang hujan, ia boleh mewujudkan takungan dan lopak air di sungai-sungai yang banyak, ini tentu sekali menambah tapak pembiakan Aedes albopictus. Apabila hujan , banyak pupa yang melalui proses aestivation akan dirangsang menjadi imago dan dewasa, seterusnya sedia untuk menghisap darah disamping memindahkan virus denggi dalam hisapan pada mangsa kedua.
    Ini adalah antara faktor yang perlu difikirkan untuk memahami epidemiologi transmisi denggi.
    Terima kasih.

    Johari Surin.
    Professor of Parasitologi.
    School of Medicine.
    Taylor’s University.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s