Situasi Denggi Terkini hingga 23 April 2016: 42,682 kes & 94 kematian

MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIAN BIL 8/2016 PADA 28 APRIL 2016

IMG_2016-04-28 10:16:01

Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu 16 tahun 2016, iaitu bagi tempoh 17 sehingga 23 April 2016, sebanyak 1,607 kes telah dilaporkan, penurunan 247 kes (13.3%) berbanding dengan sebelumnya 1,854 kes. Dari Januari sehingga 23 April 2016, jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 42,682 kes, berbanding 38,517 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, peningkatan sebanyak 10.8% (4,165 kes).

Manakala jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga 23 April 2016 adalah sebanyak 94 kematian, berbanding 120 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2015, menunjukkan pengurangan sebanyak 26 kematian (21.7%).

This slideshow requires JavaScript.

Bermula pada 11 April 2016 lalu, KKM telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar-besaran di seluruh negara terutama di wabak dan hotspot.

Sehingga 24 April 2016, sebanyak 69,984 premis telah diperiksa dan 390 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM 195,000. KKM juga telah melakukan penutupan ke atas empat (4) tapak binaan daripada 106 tapak binaan yang diperiksa dan kesemuanya adalah di Selangor. Di samping itu, tujuh (7) kes telah dibawa ke mahkamah iaitu di Selangor (5 kes) dan masing-masing satu (1 kes) di Negeri Sembilan serta Terengganu.

Screen Shot 2016-04-28 at 09.22.35Screen Shot 2016-04-28 at 09.23.20Screen Shot 2016-04-28 at 09.23.30

Aktiviti penguatkuasaan adalah merupakan langkah terakhir di samping pelbagai kaedah pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan untuk membanteras demam denggi. Daripada hasil operasi ini, didapati pihak masyarakat dan kontraktor tapak binaan masih tidak prihatin tentang isu denggi kerana masih banyak premis yang ditemui ada pembiakan Aedes.

Sehubungan itu, saya memohon agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM meningkatkan usaha mempromosikan pencegahan denggi kepada pihak masyarakat bagi melakukan aktiviti cari dan musnah pembiakan Aedes setiap minggu. Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan diminta untuk melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan nyamuk serta kutipan sampah  sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka. Kerjasama daripada CIDB dan juga DOSH adalah diperlukan untuk meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di tapak-tapak binaan.

Adalah diharapkan mesyuarat ini dijadikan platform terbaik bagi memperkukuhkan strategi pencegahan dan kawalan denggi secara bersepadu antara pelbagai kementerian dan jabatan. Sebarang idea yang kreatif dan inovatif adalah amat dialu-alukan.

Screen Shot 2016-04-28 at 09.24.15Screen Shot 2016-04-28 at 09.24.26Screen Shot 2016-04-28 at 09.24.38Screen Shot 2016-04-28 at 09.24.47Screen Shot 2016-04-28 at 09.25.12Screen Shot 2016-04-28 at 09.25.19

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s