Drug Safety

Kenyataan Akhbar KPK 12 Mei 2016: Ulasan Tentang Produk Woodwards Celebrated Gripe Water dari India

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

ULASAN TENTANG PRODUK WOODWARDS CELEBRATED GRIPE WATER DARI INDIA

woodwards.jpg

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang produk Woodward’s Celebrated Gripe Water yang dikilang oleh South India Research Institute Pvt Ltd, India dan telah menjadi viral di aplikasi laman sosial baru-baru ini. Berdasarkan semakan pada pangkalan data Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), didapati produk ini adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM dan tidak boleh dipasarkan untuk jualan di Malaysia.

Unknown

Gambar produk Woodward’s Celebrated Gripe Water yang dikilang oleh South India Research Institute Pvt Ltd, India dan telah menjadi viral di aplikasi laman sosial baru-baru ini

Walau bagaimanapun, pihak PBKD telah mendaftarkan satu produk  dengan jenama yang sama iaitu Woodward’s Gripe Water (Alcohol-Free) / MAL19921215XC daripada pemegang pendaftaran Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd dan dikilang oleh pengilang tempatan iaitu IDS Manufacturing Sdn Bhd, Shah Alam. Produk berdaftar ini mengandungi kombinasi bahan aktif Terpeneless Seed Oil 2.3mg/5ml dan Sodium Bicarbonate 52.5mg/5ml serta pengawet Nipasept Sodium 0.15%w/v (kombinasi methylparaben, propylparaben dan ethylparaben). Indikasi yang diluluskan oleh pihak PBKD untuk produk berdaftar ini ialah for the relief from wind pains, digestive upsets especially during teething period. Setakat ini juga pihak PBKD tidak menerima sebarang laporan kesan advers atau aduan kualiti berhubung produk berdaftar tersebut.

Orang awam adalah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih ubat-ubatan di pasaran. Sila gunakan produk berdaftar dengan pihak KKM yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

12 Mei 2016

Categories: Drug Safety, Press

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s