Kenyataan Akhbar KPK 17 Mei 2016: Amaran kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar ‘Hai Leng Hai Beh Herbal Itch Removing Capsule’

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR ‘HAI LENG HAI BEH HERBAL ITCH REMOVING CAPSULE’

Screen Shot 2016-05-17 at 13.20.03

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Sin Chew Daily pada 5 Mei 2016 bertajuk ‘Female Accountant Experienced Moon Face and Weight Gain (8kg) after Consuming Anti-Itch Pill’ yang telah melaporkan tentang amaran oleh pihak Health Sciences Authority (HSA), Singapura yang dikeluarkan kepada orang awam agar tidak mengambil produk dengan nama ‘Hai Leng Hai Beh Herbal Itch Removing Capsule’ (‘止痒丸’). Produk ini dikesan mengandungi bahan campurpalsu iaitu dexamethasone, chlorpheniramine dan paracetamol yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Laporan tersebut menyebut bahawa seorang wanita berumur 40 tahun telah mengalami kesan sampingan peningkatan berat badan yang mendadak dan muka membulat setelah menggunakan produk tersebut selama dua (2) bulan untuk masalah kegatalan kulit.

BAHAN CAMPURPALSU YANG DIKESAN DALAM PRODUK

Ketiga-tiga bahan yang dikesan adalah tidak dibenarkan dalam produk tradisional di Malaysia. Dexamethasone dan chlorpheniramine adalah ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 manakala paracetamol pula merupakan ubat di bawah kategori over the counter (OTC).

  1. Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan serta sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat (moon face) dan peningkatan berat badan dengan obesiti di bahagian tengah badan (central obesity).
  2. Chlorpheniramine adalah sejenis antihistamin yang digunakan untuk melegakan selesema serta reaksi alahan seperti ruam. Kesan sampingan chlorpheniramine termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan.
  3. Paracetamol merupakan ubat untuk mengurangkan kesakitan serta demam. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati sekiranya digunakan pada dos berlebihan (melebihi 4gm sehari).

Screen Shot 2016-05-17 at 13.20.27Screen Shot 2016-05-17 at 13.20.43

NASIHAT KEPADA ORANG AWAM

Semakan mendapati produk ini adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM. Nombor pendaftaran yang dicetak pada label produk iaitu MAL05052021TC didapati palsu. Oleh itu, orang awam digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar dengan PBKD kerana tidak dijamin kualiti dan keselamatannya.

Orang awam yang sedang menggunakan produk ini adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari profesional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama dinasihatkan supaya tidak memberhentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome yang serius dengan pemberhentian steroid secara mendadak).

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran produk dengan melayari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my atau menghubungi BPFK di talian 03-78835400. Sekiranya didapati terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat aduan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my atau talian 03-78413200/3396.

 

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Mei 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s