Sehingga 29 Jun 2016, sebanyak tiga belas (13) kes disahkan difteria dengan lima (5) kematian telah dilaporkan berlaku di negara kita. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Kedah enam (6) kes dengan satu (1) kematian dan Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian. Kesemua […]
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memberi respon berkenaan berita Encik Noorul Aman bin Mohd Amin, yang telah dikatakan terlantar selama empat tahun setelah menjalani prosedur angiogram yang telah disiarkan dalam slot Buletin TV3 pada 1.30 petang, 26 Jun 2016 (Ahad). Lihat video rakaman: Sebagaimana yang dilaporkan, pengadu mengalami masalah jantung serta nanah di […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Jun 2016 di muka surat 4, bertajuk “KAMI TAKUT VAKSIN” yang memaparkan berita seorang kanak-kanak yang didakwa “Tak boleh bergerak selepas terima vaksin”. Keratan Akhbar berkenaan seterusnya melaporkan bahawa keadaan kes menjadi tidak normal selepas mendapat suntikan vaksin tiga serangkai dos […]
Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selepas berlaku tren penurunan kes mingguan sejak awal Februari 2016 terdapat tren peningkatan kes sebanyak 10% hingga 20% bagi tempoh tiga minggu berturut-turut di seluruh negara. Pada minggu lepas iaitu minggu ke 24 (bagi tempoh 12 Jun sehingga 18 Jun 2016), jumlah […]
Imuniti Kelompok atau Herd Immunity adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. Cara terbaik mencapai Imuniti Kelompok adalah melalui vaksinasi. Penyakit berjangkit disebarkan […]
Peningkatan kes Measles Sehingga minggu pertama Jun 2016 (minggu epid 23), sebanyak 66 wabak (oubtreak) measles dilaporkan, meningkat antara 4 hingga 5 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun 2015. Pada tahun 2014, hanya 11 wabak measles dilaporkan dan meningkat kepada 57 wabak pada tahun 2015. Pada tahun 2016, […]
MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIAN BIL 11/2016 PADA 23 JUN 2016 Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selepas berlaku tren penurunan kes mingguan sejak awal Februari 2016 terdapat tren peningkatan kes sebanyak 10 % hingga 20% bagi tempoh tiga minggu berturut-turut di seluruh Negara. Pada minggu lepas […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan berkenaan kejadian kes disahkan difteria di kalangan tiga (3) beradik di Melaka dan lapan (8) kes disyaki difteria di Kedah. Sebanyak satu (1) kes yang disahkan difteria di Melaka telah dilaporkan meninggal dunia pada 18 Jun 2016. Manakala satu (1) kes disyaki […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius laporan akhbar KOSMO berkaitan isu penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dan beracun di pasaran. KKM ingin menegaskan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM sentiasa komited dalam membanteras aktiviti penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dan beracun di pasaran, di mana penguatkuasaan undang-undang farmasi bukanlah dibuat secara […]
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak akhbar KOSMO berkenaan laporan muka depan akhbar tersebut bertarikh 17 Jun 2016 yang bertajuk “Ubat Beracun Dibiar Berlonggok di Tepi Jalan”. Susulan daripada laporan tersebut wakil daripada KKM telah pergi ke lokasi yang dilaporkan bersama dengan wakil […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi semasa penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia. Penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga (3) tahun. Penyakit ini disebabkan oleh beberapa […]
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih dan memandang serius laporan dari akhbar KOSMO bertarikh 15 Jun 2016 bertajuk “Ubat Perangsang Seks Bebas Dijual di Farmasi”, di mana ianya adalah berkaitan dengan penjualan ubat perangsang seks secara meluas di farmasi swasta. Keselamatan pengguna adalah menjadi keutamaan pihak Kementerian Kesihatan […]
Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu ke-22 (29 Mei hingga 4 Jun 2016) mendapati kes Demam Denggi telah meningkat sebanyak 3.6% di seluruh negara iaitu 1,272 kes berbanding 1,228 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat tujuh (7) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu Selangor 72 kes (11.2%), […]
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA SITUASI TERKINI DEMAM DENGGI DAN ZIKA DI MALAYSIA Bagi Minggu 21/2016 (22 hingga 28 Mei 2016) Statistik Denggi terkini pada minggu ke-21 (22 hingga 28 Mei 2016) menunjukkan terdapat pengurangan kes sebanyak 1.3% di seluruh negara iaitu 1,228 kes berbanding 1,244 kes […]
You must be logged in to post a comment.