Situasi Denggi Terkini hingga 22 Jun 2016: 53,988 kes & 118 kematian

MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI

PERINGKAT KEMENTERIAN BIL 11/201PADA 23 JUN 2016

image1

Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selepas berlaku tren penurunan kes mingguan sejak awal Februari 2016 terdapat tren peningkatan kes sebanyak 10 % hingga 20% bagi tempoh tiga minggu berturut-turut di seluruh Negara. Pada minggu lepas iaitu minggu ke 24 (bagi tempoh 12 Jun sehingga 18 Jun 2016), jumlah kes denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,803 kes berbanding 1,585 kes pada minggu sebelumnya, dengan peningkatan sebanyak 13.8%.

Dari Januari hingga 18 Jun 2016, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 53,988 kes, berbanding 53,823 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 0.3% (165 kes).

Untuk tempoh sama, jumlah kumulatif kematian denggi sehingga Minggu Epid 24/2016 adalah sebanyak 118 kematian, berbanding 158 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2015, menurun sebanyak 40 kematian (25.3%).

This slideshow requires JavaScript.

Tren peningkatan kes ini adalah seperti yang dijangkakan kerana ia menyerupai corak atau pattern yang sama seperti tahun sebelumnya. KKM menjangkakan tren peningkatan kes denggi ini akan berterusan sehingga akhir tahun ini.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini setiap kementerian dan agensi perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan mempertingkatkan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan denggi terutama menjelang musim perayaan dan cuti persekolahan yang bakal tiba. Antara fokus utama adalah seperti berikut:

  1. Kementerian Komunikasi dan Multimedia disarankan membantu meningkatkan lagi promosi pencegahan denggi di semua saluran media termasuk di saluran televisyen dan radio terutama semasa waktu siaran utama (prime time) dan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Promosi pencegahan ini hendaklah difokuskan kepada orang awam yang hendak meninggalkan rumah untuk balik ke kampung halaman dan semasa mereka berada di kampung halaman masing-masing. Bahagian Pendidikan Kesihatan dan Unit Komunikasi Korporat, KKM juga hendaklah berkongsi bahan-bahan pendidikan kesihatan yang terkini dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk tujuan siaran ini.
  2. Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan kawasan-kawasan tumpuan awam seperti bazar-bazar Ramadhan dibersihkan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, tempat-tempat pembuangan sampah haram juga hendaklah dibersihkan dan mengambil tindakan tegas termasuk tindakan penguatkuasaan  kepada pihak terbabit.
  3. KPKT dan SWCORP perlu mengadakan kempen-kempen kebersihan persekitaran yang visible di semua peringkat. Tempat-tempat pembuangan sampah hendaklah disediakan secukupnya agar orang awam tidak membuang sampah merata-rata.
  4. Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu memaklumkan kepada semua pihak pengurusan sekolah dan universiti untuk mengambil langkah-langkah pencegahan denggi semasa musim perayaan ini.
  5. Di samping itu, pihak JKN dan PBT juga hendaklah mempastikan aktiviti pencegahan dan kawalan dilakukan bagi semua kes dan wabak dilaksanakan sepenuhnya. Aktiviti pencegahan juga perlu dilakukan di tempat-tempat tumpuan awam seperti terminal bas, stesen keretapi, rumah ibadat, taman rekreasi, kawasan Rehat dan Rawat dan sebagainya.

10

Adalah diharapkan melalui tindakan bersepadu Pasukan Petugas Khas Denggi ini, setiap kementerian dan agensi akan juga mempertingkatkan lagi kempen melalui media sosial dalam menyampaikan mesej seperti yang disebutkan di atas. Tindakan ini perlu dimulakan segera untuk mengerakkan masyarakat agar peningkatan kes pada bulan akan datang dapat dicegah. Usaha pencegahan denggi ini hendaklah dilakukan secara konsisten dan berterusan.

This slideshow requires JavaScript.

11

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s