Imuniti Kelompok (Herd Immunity)

Imuniti Kelompok atau Herd Immunity adalah keadaan di mana sebuah agen infektif (atau jangkitan) tidak dapat memasuki atau menyebar di kalangan suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada anggota masyarakat tersebut mempunyai imuniti dan terlindung daripada penyebab jangkitan tersebut. Cara terbaik mencapai Imuniti Kelompok adalah melalui vaksinasi.

Penyakit berjangkit disebarkan secara langsung dari seorang ke seorang. Apabila peratusan yang tinggi daripada penduduk telah diimunisasi, adalah sukar untuk penyakit-penyakit berjangkit merebak, kerana tidak ada ramai orang yang boleh dijangkiti. Sebagai contoh, seorang penghidap measles yang dikelilingi oleh orang-orang yang telah menerima vaksin measles, penyakit ini tidak boleh disebarkan dengan mudah kepada sesiapa sahaja. Oleh yang demikian, penyakit ini akan cepat hilang dan wabak tidak berlaku. Ia adalah kesan herd immunity atau imuniti kelompok. Ia memberi perlindungan kepada orang-orang yang mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit berjangkit apabila terdedah, tetapi tidak sesuai diberi imunisasi seperti:

  1. Bayi yang baru lahir (terutama yang belum mencapai berat minima dan mengalami masalah kesihatan)
  2. Orang yang sistem tubuh tidak berfungsi sepenuhnya, seperti pesakit yang telah dibuang kelenjar limpa (splenektomi)
  3. Pesakit yang sedang menjalani kemoterapi
  4. Pesakit HIV/AIDS
  5. Orang tua dan lain-lain pesakit yang sangat kronik

Imuniti kelompok tidak melindungi individu terhadap semua jenis penyakit cegahan vaksin. Contoh yang terbaik ialah tetanus (kancing gigi), yang disebabkan spora bakteria Clostridium tetani yang terdapat di alam sekitar. Tetanus tidak boleh disebarkan dari orang yang sakit kepada orang lain. Tidak kira berapa ramai orang di sekeliling telah menerima vaksin tetanus, ia tidak akan melindungi anda daripada tetanus. Hanya individu yang telah menerima imunisasi akan dilindungi.

herdimm2

Imuniti Kelompok hanya berfungsi jika kebanyakan orang dalam populasi telah diberi imunisasi (contohnya, 19 daripada setiap 20 orang perlu mendapat imunisasi difteria untuk melindungi mereka yang tidak diberi imunisasi terhadap penyakit difteria). Jika ramai yang tidak mendapat imunisasi, imuniti kelompok akan terjejas dan jangkitan mudah

Seseorang individu yang mendapat penyakit cegahan vaksin seperti measles, chickenpox, difteria dan lain-lain boleh menyebarkan penyakit kepada orang lain, terutamanya kepada mereka yang tidak mendapat imunisasi. Kanak-kanak yang tidak divaksin masih ada kemungkinan kecil dijangkiti penyakit cegahan vaksin yang ringan. Namun begitu, pesakit yang telah divaksin juga masih boleh menjangkiti kanak-kanak lain, terutama yang tidak mendapat imunisasi.

Sekiranya liputan imunisasi dalam Malaysia tidak mencapai tahap yang ditetapkan iaitu melebihi 95%, kebarangkalian untuk virus tersebut tersebar dalam komuniti kita adalah tinggi.

YAB PM

Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru masyarakat untuk berganding bahu bersama-sama bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan imunisasi, membendung gelaja penyebaran dakyah oleh golongan Anti-Vaksin, dan memastikan kanak-kanak jagaan mereka adalah mendapat imunisasi yang lengkap. Ini penting bagi memastikan Imuniti Kelompok di Malaysia terhadap penyakit berjangkit cegahan vaksin tidak tergugat. Kerjasama padu daripada pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan (NGO), Agensi Sektor Swasta dari pelbagai bidang, pertubuhan professional dan lain-lain badan berwajib adalah diperlukan bagi menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan.

herdimm4

 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

27 Jun 2016

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s