Kenyataan Akbar KPK 27 Jun 2016 – Peningkatan Kes Demam Denggi dan Situasi Terkini Zika di Malaysia Bagi Minggu 24/2016

Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selepas berlaku tren penurunan kes mingguan sejak awal Februari 2016 terdapat tren peningkatan kes sebanyak 10% hingga 20% bagi tempoh tiga minggu berturut-turut di seluruh negara. Pada minggu lepas iaitu minggu ke 24 (bagi tempoh 12 Jun sehingga 18 Jun 2016), jumlah kes Denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,803 kes berbanding 1,585 kes pada minggu sebelumnya, dengan peningkatan sebanyak 13.8%. Terdapat 12 buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya, iaitu Selangor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Sabah, Pahang, Melaka, Sarawak dan Perlis. Dari Januari hingga 18 Jun 2016, jumlah kumulatif kes Demam Denggi adalah 53,988 kes, berbanding 53,823 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 0.3% (165 kes).

Untitled

Sementara itu, terdapat empat (4) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-24. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 18 Jun 2016, adalah sebanyak 118 kematian berbanding 158 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, dengan pengurangan sebanyak 40 kematian (25.3%). Jumlah lokaliti wabak dan hotspot juga meningkat dari 506 lokaliti kepada 575 lokaliti pada minggu ke-24. Manakala jumlah lokaliti hotspot juga didapati meningkat daripada 51 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 52 lokaliti pada minggu ke-24.

denggi1

KKM memandang serius isu peningkatan kes Demam Denggi yang berlaku ketika ini. Sebagai persediaan menyambut musim perayaan dan cuti persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi, orang ramai adalah dinasihatkan untuk memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes, membersihkan kawasan persekitaran rumah dan menutup bekas-bekas air sebelum meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung. Selain itu, bahan pembunuh jentik-jentik boleh digunakan untuk bekas simpanan air, kolah mandi, pasu bunga dan semua takungan air kekal yang berpotensi menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes.

Semasa bercuti pula, langkah-langkah perlindungan diri daripada gigitan nyamuk hendaklah diamalkan seperti memakai pakaian cerah yang menutup anggota, menggunakan repelen dan menggunakan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk di dalam rumah. Sekiranya mempunyai gejala-gejala Demam Denggi seperti demam, sakit otot dan sendi, sakit kepala serta ruam hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran. Selain itu, orang awam boleh mendapatkan maklumat berkenaan kawasan wabak dan hotspot Denggi melalui penggunaan aplikasi mobil iDengue yang boleh dimuat turun secara percuma di Play Store dan App Store.

Mengenai situasi terkini jangkitan virus Zika, laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 15 Jun 2016, menunjukkan sebanyak 60 buah negara telah melaporkan penularan jangkitan virus Zika. Di Malaysia, survelan bagi mengesan jangkitan Zika masih terus dilaksanakan. Sebanyak 502 sampel darah telah diuji dari Jun 2015 hingga 18 Jun 2016 oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan setakat ini tiada sampel yang positif untuk virus Zika ini. Di samping itu, tiada pelawat yang dikesan dijangkiti virus Zika semasa saringan dilakukan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara ini.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

27 Jun 2016

denggi2denggi3denggi4

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s