Hospital Services

Kenyataan Akhbar KPK 28 Jun 2016 – Pesakit Dinafikan Hak Untuk Mendapat Rawatan Yang Sepatutnya

 

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memberi respon berkenaan berita Encik Noorul Aman bin Mohd Amin, yang telah dikatakan terlantar selama empat tahun setelah menjalani prosedur angiogram yang telah disiarkan dalam slot Buletin TV3 pada 1.30 petang, 26 Jun 2016 (Ahad).

Lihat video rakaman:

TV3.JPG

Sebagaimana yang dilaporkan, pengadu mengalami masalah jantung serta nanah di bahagian sekitar abdomen dan pelvis. Pihak Hospital Sungai Buloh dan Hospital Serdang telah mengambil langkah sepatutnya bagi merawat masalah tersebut oleh sekumpulan pakar dari Jabatan Pembedahan Kardiotorasik (Jantung), Jabatan Pembedahan Am dan juga Jabatan Pembedahan Vaskular (Salur Darah). Ini termasuk beberapa jenis imbasan diagnostik, prosedur dan pembedahan bagi mengatasi masalah perubatan yang dialaminya.

TV3 2

Bagi mengurangkan beban pesakit, pihak hospital juga telah mengecualikan bil hospital untuk pelbagai rawatan yang telah dijalankan. Pihak hospital juga telah merujuk kes tersebut kepada Jabatan Kerja Sosial untuk pemberian bantuan kerusi roda dan ripple mattress (sejenis tilam khas bagi mengelak luka di bahagian badan). Namun, pihak hospital dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa pesakit tidak memerlukan bantuan peralatan tersebut pada waktu itu. Selain itu, pesakit juga telah menerima pencen dan lain-lain bantuan dari pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Walau bagaimanapun, pengadu didapati tidak datang semasa temujanji yang dijadualkan pada 29 Oktober 2013. Oleh itu, buat masa ini pihak hospital akan menghubungi semula Encik Noorul Aman Bin Mohd Amin bagi mengaturkan temujanji dengan kadar segera. Pihak hospital di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa berusaha menyediakan rawatan yang sepatutnya kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang, dan tidak pernah menafikan hak pesakit untuk mendapat rawatan.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
28 Jun 2016

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s