Kenyataan Akhbar KPK 2 Ogos 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia (Bagi Minggu 29/2016 17-23 Julai 2016)

Pada minggu ke-29 tahun 2016, iaitu dari 17 hingga 23 Julai 2016, sejumlah 2,188 kes Denggi telah dilaporkan, pengurangan sebanyak 52 kes (2.3%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 2,240 kes. Terdapat enam (6) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Kelantan 50 kes (40.3%), WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 39 kes (15.7%), Negeri Sembilan 3 kes (5.4%), Terengganu 1 kes (10.0%), Sabah 1 kes (0.8%) dan WP Labuan 1 kes. Dari Januari sehingga 23 Julai 2016, jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 63,722 kes, berbanding 67,944 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 6.2% (4,222 kes).

ogo1

Manakala untuk kematian Denggi pula, bagi tempoh yang sama sebanyak tujuh (7) kematian dilaporkan. Jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga 23 Julai 2016 adalah sebanyak 142 kematian, berbanding 185 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2015, menunjukkan pengurangan sebanyak 43 kematian (23.2%).

Dari 17 hingga 23 Julai 2016, terdapat sejumlah 14 negeri dan 43 daerah berwabak melibatkan 770 lokaliti termasuk 98 lokaliti hotspot dilaporkan. Terdapat tujuh (7) daerah baru dilanda wabak iaitu daerah Penampang, Beaufort, Tambunan, Song, Bachok, Tumpat dan Kampar.

Masalah  Denggi  adalah  berpunca daripada persekitaran yang tidak dijaga dengan baik. Sehubungan dengan itu, penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan Denggi seperti aktiviti gotong royong perlulah diberikan penekanan oleh semua pihak, terutamanya di negeri yang mengalami peningkatan kes dan bilangan wabak yang berterusan pada tahun ini. Dengan keadaan musim hujan dan panas yang melanda negara pada masa ini, masyarakat perlu berhati-hati dengan memastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakung air di dalam dan luar rumah yang boleh menjadi punca tempat pembiakan Aedes.

Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga perlu menjalankan aktiviti pemusnahan pembiakan Aedes terutama di projek rumah terbengkalai, tanah/lot kosong dan tempat pembuangan sampah yang masih menjadi tempat pembiakan Aedes. Ini kerana daripada pemantauan KKM, didapati sebanyak 21.8% projek rumah terbengkalai, 8.8% tanah atau lot kosong, 8% tempat pembuangan sampah dan 5.1% taman rekreasi di lokaliti berwabak didapati membiak nyamuk Aedes. Bagi pihak yang mengurus tanah perkuburan dan rumah ibadat serta persatuan penduduk perlu membersihkan tanah perkuburan dan tempat ibadat yang menyumbang kepada pembiakan Aedes masing-masing sebanyak 6.8% dan 4.5%. Pihak industri pula diminta memastikan kawasan persekitaran kilang adalah bersih kerana 6% daripada kilang-kilang didapati positif pembiakan nyamuk Aedes.

AedesPrevention

Sehubungan itu, PKD perlu memastikan aktiviti pencegahan ditingkatkan di kawasan berisiko apabila mendapati Indeks Aedes melebihi piawaian standard iaitu melebihi 1% bagi membendung peningkatan kes Denggi.

Berdasarkan situasi terkini penyakit Zika yang telah dikemas kini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 20 Julai 2016, terdapat sebanyak 65 buah negara yang melaporkan jangkitan virus Zika. Manakala di Malaysia, tiada jangkitan virus Zika yang dikesan setakat ini berdasarkan kepada 651 sampel yang telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Selain itu, saringan pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) masih diteruskan dan setakat ini tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika tersebut.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

2 OGOS 2016

ogo2ogo3ogo4ogo5ogo6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s