Kenyataan Akhbar KPK – Situasi Terkini Demam Denggi dan Zika di Malaysia Bagi Minggu 30/2016 (24-30 Julai 2016)

Pada minggu ke-30 (iaitu dari 24 hingga 30 Julai 2016) kes Demam Denggi di seluruh negara telah menunjukkan pengurangan sebanyak 13.3% iaitu 1,896 kes berbanding 2,188 kes pada minggu sebelumnya. Walau bagaimanapun, terdapat enam (6) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Kelantan 44 kes (25.3%), Sarawak 14 kes (21.9%), Pahang 11 kes (25.6%), Melaka 11 kes (20.0%), Terengganu 2 kes (18.2%) dan Perlis 1 kes (100.0%). Manakala secara kumulatif dari Januari hingga 30 Julai 2016, jumlah kes Demam Denggi adalah sebanyak 65,618 kes, berbanding 70,680 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 7.2% (5,062 kes).

ep1

Di samping itu, terdapat lima (5) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-30. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 30 Julai 2016, adalah sebanyak 147 kematian berbanding 190 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, dengan peratusan pengurangan sebanyak 22.6% (43 kematian).

Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapati penurunan lokaliti wabak pada minggu ke-30 berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada 770 lokaliti pada minggu ke-29 kepada 755 lokaliti pada minggu ke-30. Manakala, jumlah lokaliti hotspot juga didapati berkurangan daripada 98 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 93 lokaliti pada minggu ke-30. Lokaliti hotspot ini melibatkan tujuh (7) buah negeri iaitu di Selangor (82), Johor (5), WP Kuala Lumpur & Putrajaya (2) dan masing-masing satu (1) lokaliti di Perak, Melaka, Kelantan dan Sabah.

AedesPrevention

Dalam satu kajian yang telah dijalankan oleh Danial et al (2016) berkenaan faktor luaran yang mempengaruhi wabak Demam Denggi dan amalan masyarakat di lima (5) daerah di Pulau Pinang, didapati walaupun terdapat kesedaran yang tinggi tentang Demam Denggi iaitu 94.2% tetapi amalan pencegahan adalah rendah. Ini termasuk penglibatan dalam aktiviti gotong-royong (75.0%), aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan (77.0%) dan aktiviti membubuh bahan pembunuh jentik-jentik (40.0%). Daripada kajian ini, didapati walaupun tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat dalam pencegahan Demam Denggi adalah tinggi, namun ia tidak dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka.

Oleh sebab itu, untuk pencegahan Demam Denggi, pasukan COMBI yang terdiri daripada masyarakat hendaklah menjadi agen perubahan (change agent) kepada komuniti setempat. Pasukan COMBI boleh menggerakkan penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti pembersihan persekitaran setiap minggu.

Berdasarkan situasi terkini penyakit Zika yang telah dikemas kini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 28 Julai 2016, terdapat sebanyak 67 buah negara yang terlibat. Manakala di Malaysia, berdasarkan kepada 668 sampel yang telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari Jun 2015 sehingga 30 Julai 2016, tiada jangkitan virus Zika yang dikesan setakat ini. Selain itu, saringan pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) masih diteruskan dan setakat ini tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika tersebut.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia 

6 Ogos 2016

ep2ep3ep4ep5ep6

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s