Kenyataan Akhbar KPK 22 Ogos 2016 – Situasi Terkini Demam Denggi & Zika di Malaysia Bagi Minggu 32/2016 (7-13 Ogos 2016)

Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati walaupun terdapat tren penurunan kes Demam Denggi untuk tempoh tiga minggu bermula pada minggu ke-29, namun pada minggu ke-32 (iaitu dari 7 Ogos hingga 13 Ogos 2016) telah menunjukkan peningkatan kes sebanyak 7.9% iaitu 1,963 kes berbanding 1,819 kes pada minggu sebelumnya dan enam (6) kematian dilaporkan pada minggu lepas iaitu empat (4) daripadanya berlaku di Kelantan. Sebanyak tujuh (7) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor 117 kes (13.7%), Kelantan 36 kes (15.3%), Negeri Sembilan 32 kes (128.0%), Johor 25 kes (21.2%), Melaka 21 kes (60.0%), Terengganu 7 kes (41.2%) dan Kedah 5 kes (26.3%). Secara kumulatif dari Januari hingga 13 Ogos 2016, jumlah kes Demam Denggi adalah sebanyak 69,400 kes, berbanding 75,795 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 8.4% (6,395 kes). Manakala sebanyak 153 kematian telah dilaporkan berbanding dengan 212 kematian bagi tempoh sama 2015.

dgme

Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendapati penurunan lokaliti wabak pada minggu ke-32 berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada 661 lokaliti pada minggu ke-31 kepada 635 lokaliti pada minggu ke-32. Namun begitu, jumlah lokaliti hotspot didapati meningkat daripada 85 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 90 lokaliti pada minggu ke-32. Lokaliti hotspot ini melibatkan tujuh (7) buah negeri iaitu di Selangor (72), Johor (6), Kelantan (5), WP Kuala Lumpur & Putrajaya (3), Perak (2) dan masing-masing satu (1) lokaliti di Negeri Sembilan dan Sabah.

Daripada pemantauan KKM, didapati berlaku perubahan serotype Denggi (serotype shift) pada bulan Jun 2016 iaitu perubahan serotype DEN-1 kepada DEN-3. Adalah dijangkakan akan berlaku peningkatan kes dalam tempoh beberapa bulan selepas perubahan serotype tersebut kerana ramai masyarakat tidak immun kepada serotype DEN-3. Bagi menghalang kejadian kes Denggi terus berleluasa, kebersihan persekitaran adalah menjadi keutamaan semua masyarakat. Ketiadaan tempat nyamuk untuk membiak boleh mengurangkan populasi nyamuk Aedes seterusnya mengurangkan penyebaran virus Denggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga dipohon untuk meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan Denggi serta memastikan kutipan sampah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka. Di samping itu, PBT juga hendaklah meningkatkan aktiviti pembersihan dan penguatkuasaan dilaksanakan terhadap pembuang sampah haram untuk membendung masalah pembiakan Aedes.

screen-shot-2016-01-11-at-09-42-05

Mengenai situasi terkini penyakit Zika yang telah dikemas kini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Ogos 2016, terdapat sebanyak 69 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika ketika ini. Survelan berterusan untuk mengesan jangkitan Zika masih dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Dari Jun 2015 sehingga 13 Ogos 2016 sebanyak 715 sampel telah diuji dan tiada jangkitan virus Zika yang dikesan setakat ini. Tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika berdasarkan saringan yang dijalankan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

22 Ogos 2016

 

dgme1dgme2dgme3dgme4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s