Kenyataan Akhbar KPK 23 Ogos 2016 – Status Kes Difteria Di Malaysia

13434861_1199351786750694_7626945584035914175_n

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes merupakan seorang kanak-kanak warganegara berumur 3 tahun yang tidak pernah mendapat imunisasi difteria kerana keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati. Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah semenjak 13 Ogos 2016. Pesakit telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada 18 Ogos 2016 kerana sesak nafas dan telah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan dan pengawasan rapi. Ujian kultur swab tekak pesakit ini didapati positif bakteria Corynebacterium diphtheria. Pesakit telah menerima rawatan antitoksin dan kini masih diberi rawatan antibiotik.

Adalah dimaklumkan bahawa setakat ini kesemua empat belas (14) orang kontak pesakit tersebut adalah berada dalam keadaan sihat termasuk tiga (3) orang kontak yang tinggal serumah dengan pesakit dan sebelas (11) orang kontak lagi di rumah pengasuh. Status imunisasi kesemua 14 kontak ini adalah tidak lengkap. Pemantauan ke atas mereka masih diteruskan.

Sehingga hari ini, bilangan kes disahkan difteria di Malaysia meningkat kepada 27 kes termasuk 5 kematian; iaitu Kedah sembilan (9) kes dengan satu (1) kematian, Negeri Sembilan tujuh (7) kes dan tiada kematian, Sabah lima (5) kes dengan tiga (3) kematian, Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Pulau Pinang dua (2) kes dan tiada kematian dan Selangor satu (1) kes.

hhh

KKM ingin menegaskan bahawa istilah vaksin homeopati tidak diiktirafkan oleh badan-badan homeopati antarabangsa termasuklah Majlis Perubatan Homeopati Malaysia. Malah, badan-badan ini menyokong pemberian vaksin konvensional sebagai satu cara yang berkesan dan selamat bagi melindungi dari penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya. Vaksin sedia ada telah terbukti keberkesanan dan keselamatannya melalui kajian saintifik berskala besar sebelum ia digunakan ke atas manusia.

LIHAT KENYATAAN AKHBAR KPK 3 DISEMBER 2015 MENGENAI ISU PENGAMBILAN “VAKSIN HOMEOPATI”

Justeru, ibubapa diseru untuk memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi. Pastikan mereka mendapat imunisasi lengkap untuk keberkesanan optima bagi mengelakkan jangkitan penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

23 Ogos 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s