Kenyataan Akhbar KPK 26 Ogos 2016 – Status Kes Difteria di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 25 Ogos 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun warganegara Malaysia mula mengalami demam, batuk dan sakit tekak sejak 12 Ogos 2016. Pesakit yang masih mengalami gejala tersebut telah dibawa mendapatkan rawatan pada 17 Ogos 2016 dan telah dimasukkan ke wad Hospital Taiping. Pesakit ini telah dirawat sebagai exudative tonsillitis. Ujian kultur swab tekak kes ini didapati positif bakteria Corynebacterium diphtheria.

Kanak-kanak ini hanya mengalami gejala yang ringan tanpa komplikasi kerana beliau telah mendapat imunisasi difteria yang lengkap. Kanak-kanak ini hanya diberikan rawatan antibiotik dan tanpa rawatan antitoksin dan kini beransur sembuh.

bagaimana-vaksin-berfungsi

Tujuh (7) orang kontak yang tinggal serumah dengan kes berada dalam keadaan sihat dan telah diberi rawatan profilaksis. Tiga (3) adik-beradik kes yang tinggal serumah telah menerima imunisasi difteria yang lengkap, sementara status imunisasi empat (4) yang lain termasuk ibubapa masih dalam siasatan. Kontak di kalangan keluarga yang tinggal berdekatan juga adalah sihat dan telah diberi rawatan profilaksis. Sebanyak 23 sampel swab tekak telah diambil dari kontak serumah dan keluarga yang tinggal berdekatan untuk ujian makmal.

Sebanyak dua (2) daripada 38 kontak di tabika KEMAS di mana kes belajar, ada mengalami batuk ringan dan telah diisolasi secara sukarela di rumah. Mereka dipantau oleh anggota kesihatan. Sampel swab tekak kedua-dua kanak-kanak ini juga telah diambil untuk ujian makmal. Guru, pekerja dan kanak-kanak lain di tabika adalah sihat dan tiada sebarang gejala jangkitan. Seorang (1) kontak di tabika cicir imunisasi dan telah dirujuk kepada klinik kesihatan. Pemantauan ke atas semua kontak masih diteruskan.

CloqfFRUkAEo8sr

Sehingga hari ini, bilangan kes disahkan difteria di Malaysia meningkat kepada 28 kes termasuk 5 kematian; iaitu Kedah sembilan (9) kes dengan satu (1) kematian, Negeri Sembilan tujuh (7) kes dan tiada kematian, Sabah lima (5) kes dengan tiga (3) kematian, Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Pulau Pinang dua (2) kes dan tiada kematian, Selangor dan Perak masing-masing satu (1) kes dan tiada kematian.

KKM ingin menegaskan bahawa imunisasi yang lengkap mampu mencegah jangkitan dan sekiranya dijangkiti, gejala adalah ringan dan tiada komplikasi. Justeru, ibubapa dan masyarakat diseru untuk memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi lengkap.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

26 Ogos 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s