Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan bertajuk “Dried shrimps sprayed with substance caught on clip” yang disiarkan di akhbar The Star bertarikh 20 Oktober 2016 di muka surat 4. Laporan tersebut menyatakan terdapat rakaman video yang menjadi viral dalam media sosial memaparkan dua lelaki menyembur sesuatu bahan ke […]
Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk kosmetik berikut: Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual asid azelaik, hydroquinone, tretinoin dan logam berat merkuri yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik (gambar produk disertakan dalam LAMPIRAN A). Oleh itu, produk-produk kosmetik […]
Perkhidmatan FPP adalah singkatan bagi perkhidmatan Full Paying Patient (FPP) atau Pesakit Bayar Penuh yang telah dimulakan pada tahun 2007. Objektif utama perkhidmatan ini adalah sebagai pakej retensi bagi Pegawai Perubatan Pakar KKM dan untuk mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta, di mana kekurangan Pegawai Perubatan Pakar di […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu Susu Marigold HL 200 mililiter (ml) dan satu liter (l) yang ditarik balik secara sukarela berkuatkuasa serta merta oleh Syarikat Malaysia Milk Sdn. Bhd. seperti yang dilaporkan oleh akhbar The New Straits Time dan Berita Harian pada 17 Oktober 2016. Akhbar […]
Pada 10 Oktober 2016, telah berlangsung sesi ke-67 Regional Committee Meeting bagi WHO Western Pacific Region di Manila, Filipina yang dihadiri oleh Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Dr Margaret Chan, Ketua Pengarah WHO dalam ucap utama beliau telah memuji usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam […]
Bersempena dengan Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Bil 5/2016, ahli-ahli mesyuarat ini telah melawat Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di Sungai Buloh untuk melihat sendiri fasiliti bertaraf dunia ini dan keupayaan diagnostik, penyelidikan dan latihan di makmal yang menjadi teras kepada pemantauan penyakit dan makanan di Malaysia. […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Sinar Harian pada 10 dan 11 Oktober 2016 serta laporan akhbar Malay Mail pada 11 Oktober 2016 mengenai dakwaan ais yang dijual di pasaran adalah kotor dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan pengguna. (Untuk lihat artikel penuh Sinar Harian: Klik di […]
Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan mengguna produk tradisional berikut kerana dikesan mengandungi bahan racun berjadual iaitu yohimbine. Nama Produk (No. Pendaftaran) Bahan Campur Palsu Yang Dikesan Pemegang Pendaftaran Produk Aman Liquid (MAL12115015TC) Yohimbine […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada minggu ke-39 tahun 2016, iaitu dari 25 September hingga 1 Oktober 2016, sejumlah 1,701 kes Demam Denggi telah dilaporkan di seluruh negara berbanding 1,818 kes pada minggu sebelumnya, iaitu penurunan kes sebanyak 6.4% (117 kes). Ini menjadikan jumlah kumulatif kes […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan sehingga 4 Oktober 2016, jam 12.00 tengahari, jumlah kumulatif kes acute gastroenteritis (AGE) dengan sejarah pendedahan di sebuah resort di Bukit Merah pada 24 September 2016 adalah 70 orang; iaitu 26 kes di Kedah, 30 kes di Perak dan 14 kes di […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada 01 Oktober 2016 sehingga jam 12.00 tengahari, sebanyak 11 kes baru dengan gejala acute gastroenteritis (AGE) yang mempunyai sejarah pendedahan di sebuah resort di Bukit Merah telah dilaporkan; iaitu enam (6) dari Kedah, tiga (3) Perak dan dua (2) dari Pulau […]
Pada 28 September 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima satu (1) laporan mengenai jangkitan Zika melibatkan seorang wanita berumur 60 tahun yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah yang merupakan kes kedua bagi negeri Sabah. Pada 24 September 2016, pesakit hanya mengalami gejala ruam sahaja dan telah mendapatkan […]
You must be logged in to post a comment.