Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 17 Oktober 2016 – Pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Terhadap Usaha Malaysia Dalam Menangani Denggi

Pada 10 Oktober 2016, telah berlangsung sesi ke-67 Regional Committee Meeting bagi WHO Western Pacific Region di Manila, Filipina yang dihadiri oleh Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.  Dr Margaret Chan, Ketua Pengarah WHO dalam ucap utama beliau telah memuji usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam pencegahan dan kawalan Demam Denggi melalui kempen kebersihan persekitaran kebangsaan, yang melibatkan pihak komuniti dan lain-lain agensi untuk mengurangkan tempat pembiakan nyamuk. Negara lain juga digesa untuk mencontohi  negara Malaysia.

Oleh yang demikian, usaha tersebut hendaklah diteruskan melalui tindakan bersepadu Pasukan Petugas Khas Denggi Kebangsaan yang dianggotai oleh tujuh kementerian lain, PBT, SwCorp, JPNIN dan agensi lain. Di samping itu, kerjasama pihak masyarakat dan pasukan COMBI adalah kunci utama dalam menjayakan usaha mengawal penularan Demam Denggi dan Zika di negara ini.

Mengenai situasi terkini Demam Denggi di seluruh negara, pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bagi minggu ke-40 tahun 2016, iaitu dari 2 hingga 8 Oktober 2016, kes Demam Denggi di seluruh negara menunjukkan penurunan sebanyak 151 kes (8.9%) iaitu sejumlah 1,550 berbanding 1,701 kes pada minggu sebelumnya. Jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 84,774 kes, berbanding 94,064 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 9.9% (9,290 kes).

di

Pada minggu ke-40, terdapat empat (4) kematian yang dilaporkan dan jumlah kumulatif kematian Denggi di Malaysia dari Januari sehingga 8 Oktober 2016 menunjukkan pengurangan sebanyak 27.2% (71 kematian), iaitu 190 kematian berbanding 261 kematian pada tahun 2015.

Pada minggu lepas terdapat penurunan sebanyak 2.0% lokaliti wabak daripada 561 lokaliti kepada 551 lokaliti, manakala terdapat penurunan  lokaliti hotspot daripada 99 lokaliti kepada 79 lokaliti, iaitu di Selangor (61 lokaliti), Kelantan (10 lokaliti), Johor (5 lokaliti), WP Kuala Lumpur & Putrajaya (2 lokaliti) dan Perak (1 lokaliti).

Mengenai situasi kes Zika pula, dari  31 Ogos 2016 sehingga 8 Oktober 2016 terdapat sebanyak tujuh (7) kes yang disahkan positif Zika di negara ini. Bagi tempoh Jun 2015 sehingga 8 Oktober 2016, untuk survelan makmal dan kes yang menunjukkan gejala virus Zika, sebanyak 1,374 sampel darah dan air kencing telah diuji dan kesemuanya menunjukkan  keputusan yang negatif.

Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

17 Oktober 2016

di1di2di3di4di5

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s