Blog

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh

4

Bersempena dengan Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Bil 5/2016, ahli-ahli mesyuarat ini telah melawat Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) di Sungai Buloh untuk melihat sendiri fasiliti bertaraf dunia ini dan keupayaan diagnostik, penyelidikan dan latihan di makmal yang menjadi teras kepada pemantauan penyakit dan makanan di Malaysia.

mkak

MKAK telah dibina bertujuan untuk memberi perkhidmatan sokongan kepada penyiasatan wabak dan aktiviti survelan. Pembinaannya telah dirancang dengan input teknikal daripada Bank Dunia dan telah menelan perbelanjaan sebanyak RM 27.7 juta serta telah dilancarkan secara rasmi mulai Julai 2003. Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh adalah merupakan makmal Kebangsaan dan terdapat 4 buah makmal regional, iaitu:

  1. Makmal Kesihatan Awam Johor Bharu, Johor
  2. Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Perak
  3. Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Sabah
  4. Makmal Kesihatan Awam Perol, Kelantan.

mkak10img_1523

Visi MKAK adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan di dalam memberi perkhidmatan analitikal dan diagnostik bagi menyokong survelan penyakit, penyiasatan wabak dan keselamatan makanan di Malaysia.

2

Misi MKAK adalah untuk:

  1. Menyediakan perkhidmatan analitikal & diagnostik yang terkini, kos efektif, tepat pada masa dan mesra pelanggan, dan juga berfungsi sebagai pusat rujukan makmal kebangsaan bagi patogen tertentu dan ujian makanan.
  2. Membangunkan survelan berasaskan makmal bagi penyakit berjangkit yang mempunyai potensi epidemik dan pandemik sebagai sebahagian dari sistem amaran awal dan tindakan bagi wabak penyakit berjangkit.
  3. Menyediakan keperluan latihan komprehensif bagi anggota makmal Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

mkak5

MKAK dilengkapi dengan kelengkapan dan peralatan canggih yang bernilai million ringgit, termasuk Smoking Machine yang bernilai lebih sejuta ringgit yang merupakan satu-satunya kelengkapan seperti ini di Malaysia. Selain menjalankan ujian analitikal dan diagnostik, MKAK juga terlibat dalam penyelidikan, latihan dan kolaborasi dengan pelbagai agensi dan institusi terkemuka dunia.

img_1524

Dilengkapi dengan petugas berkualiti tinggi dari kalangan Pakar Kesihatan Awam, Pakar Klinikal Mikrobiologi, Pegawai Sains Mikrobiologi, Pegawai Sains Kimia Hayat, Pegawai dan Juru Teknologi Makmal, Pegawai dan Penolong Pegawai Teknologi Makanan dan lain-lain skim perkhidmatan di MKAK dan Makmal Kesihatan Awam regional yang lain, adalah diharapkan makmal-makmal ini akan terus berkembang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat di negara ini.

1

Categories: Blog, Communicable disease, Food Safety

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s