Food Safety

Kenyataan Akbar KPK 19 Oktober 2016 – Isu Susu Marigold HL Ditarik Balik Secara Sukarela

img_1733

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu Susu Marigold HL 200 mililiter (ml) dan satu liter (l) yang ditarik balik secara sukarela berkuatkuasa serta merta oleh Syarikat Malaysia Milk Sdn. Bhd. seperti yang dilaporkan oleh akhbar The New Straits Time dan Berita Harian pada 17 Oktober 2016. Akhbar tersebut melaporkan bahawa syarikat terbabit mengambil tindakan berkenaan selepas menerima maklumbalas pelanggan berhubung produk susu berperisa coklat yang didakwa lebih pekat daripada biasa.

Walaupun maklumbalas pelanggan merujuk secara khusus kepada susu Marigold HL berperisa coklat, syarikat tersebut mengambil langkah proaktif menarik balik produk susu lain, termasuk Marigold HL rendah lemak, berperisa strawberi dan Sterol Tumbuhan. Hanya produk susu Marigold HL dengan tarikh luput sebelum 7 November bagi Semenanjung Malaysia dan tarikh luput sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak dan Labuan ditarik balik dengan serta merta. Pelanggan yang sudah membeli produk terbabit dinasihatkan supaya memulangkannya balik.

Hasil siasatan KKM menunjukkan susu terbabit menjadi lebih pekat dari biasa akibat daripada pencemaran bakteria berpunca dari injap yang rosak semasa pemprosesan. Siasatan juga menunjukkan syarikat terbabit telah mengambil tindakan pembetulan terhadap kerosakan injap tersebut. Di samping itu, KKM sedang memantau proses penarikan balik dan pelupusan produk terlibat untuk memastikan semua produk yang dihasilkan dari tarikh pengilangan produk yang terlibat dalam aduan sehingga masa kerosakan injap dikesan ditarik balik.

Dalam hal ini, KKM menasihatkan orang ramai supaya mengikuti nasihat syarikat tersebut, jangan meminum produk terbabit dan memulangkannya kembali produk yang dimaksudkan kepada penjual. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

 

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

19 Oktober 2016

Categories: Food Safety, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s