Food

Kenyataan Akhbar KPK 28 Oktober 2016 – Isu Udang Kering Disembur Dengan Bahan Yang Tidak Diketahui

whatsapp-image-2016-10-28-at-6-48-40-pm

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan bertajuk “Dried shrimps sprayed with substance caught on clip” yang disiarkan di akhbar The Star bertarikh 20 Oktober 2016 di muka surat 4. Laporan tersebut menyatakan terdapat rakaman video yang menjadi viral dalam media sosial memaparkan dua lelaki menyembur sesuatu bahan ke atas udang kering untuk jualan di pasar besar Kota Kinabalu, Sabah.

udang

KKM telah menjalankan siasatan terhadap perkara ini dan hasil siasatan menunjukkan bahan yang disembur adalah pewarna yang tidak dibenarkan dalam udang kering di bawah Akta Makanan 1983. Sehubungan itu KKM akan mengambil tindakan perundangan terhadap penjual udang terbabit.

Penggunaan bahan pewarna yang tidak dibenarkan dalam udang kering adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 13B(2) Akta Makanan 1983 dan sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM 20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan   

28 Oktober 2016

Categories: Food, Food Safety, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s