Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 12 November 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi Dan Zika Di Malaysia (Bagi Minggu 44/2016 dari 30 Oktober – 5 November 2016)

Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat tren penurunan bagi jumlah kes Demam Denggi dalam tempoh tiga (3) minggu ini. Diharapkan usaha bersepadu semua pihak dapat diteruskan untuk memastikan tren pengurangan ini berkekalan. Pada minggu ke-44 tahun 2016, iaitu dari 30 Oktober hingga 5 November 2016, sebanyak 1,263 kes telah dilaporkan berbanding 1,353 kes pada minggu sebelumnya iaitu penurunan sebanyak 90 kes (6.7%). Terdapat lima (5) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang, Johor, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Jumlah kumulatif kes Demam Denggi dari Januari hingga 5 November 2016 adalah 90,506 kes dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 12.0% (12,295 kes) berbanding tempoh yang sama tahun 2015 yang telah melaporkan sebanyak 102,801 kes.

me44

Pada minggu ke-44 juga terdapat enam (6) kematian yang dilaporkan membuatkan jumlah kumulatif kematian Denggi di Malaysia dari Januari sehingga 5 November 2016 adalah 208 kematian berbanding 283 kematian pada tahun 2015. Ini menunjukkan pengurangan sebanyak 26.5% (75 kematian).

13346953_989506834498643_7230415285195353535_n

Lokaliti wabak dan hotspot juga menunjukkan pengurangan pada minggu ke-44 berbanding minggu sebelumnya iaitu 438 lokaliti wabak dan 46 lokaliti hotspot. Lokaliti hotspot adalah di Selangor (36 lokaliti), WP Kuala Lumpur & Putrajaya (4 lokaliti), Negeri Sembilan (3 lokaliti), Perak (2 lokaliti) dan satu (1) lokaliti di Kelantan.

Mengenai situasi Zika, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 3 November 2016, terdapat sebanyak 73 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika. Di Malaysia pula, bilangan kes masih kekal tujuh (7) kes disahkan positif Zika yang telah dilaporkan dari 1 September 2016 sehingga 5 November 2016. Pemantauan survelan makmal oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari bulan Jun 2015 sehingga 5 November 2016, turut mendapati keputusan ujian yang negatif bagi 1,502 sampel darah dan air kencing yang telah diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika.

Selain itu, aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan Zika turut diadakan di peringkat sekolah rendah dan menengah menerusi Kelab Doktor Muda. Sehingga Oktober 2016, terdapat sejumlah 265 buah sekolah rendah dan 180 sekolah menengah telah mengadakan aktiviti ‘bacaan umum’ bersama rakan sebaya mengenai bahaya Zika dan sejumlah 192 sekolah rendah dan 116 sekolah menengah telah mengadakan aktiviti gotong royong memusnahkan tempat pembiakan jentik-jentik di persekitaran sekolah. Diharap dengan usaha ini, dapat mewujudkan pelapis masa depan negara yang pentingkan kesihatan dan kebersihan alam sekitar.

Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

12 November 2016

me441me442me443

Categories: Communicable disease, Dengue, Dengue, Press, Zika

Tagged as: ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s