Food Safety

Kenyataan Akhbar KPK 14 November 2016 – Dakwaan Minyak Masak Kitar Semula di Pasaran

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan dalam beberapa akhbar yang memetik bahawa Kementerian Kesihatan akan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemeriksaan terhadap minyak masak paket bersubsidi bagi memastikan hanya minyak sawit yang dijual dan bukan minyak masak kitar semula. Pemeriksaan tersebut dilakukan bagi menjamin keselamatan pengguna selain memastikan tiada penipuan penjualan minyak masak kitar semula.

Sejak tahun 2015 sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemeriksaan terhadap kesemua 214 premis pembungkus minyak masak (repacker) termasuk minyak masak dalam paket dan mendapati tiada bukti premis-premis tersebut ada memproses atau membungkus minyak masak kitar semula. Hasil pemeriksaan ke atas 33,352 premis outlet makanan juga mendapati kesemua premis tersebut tidak menggunakan minyak masak kitar semula. Di samping itu, hasil analisa terhadap 115 sampel minyak masak dalam paket yang terdiri daripada 88 jenama di pasaran mendapati ia tidak diadukkan dengan minyak masak kitar semula. Kementerian Kesihatan akan meneruskan pemantauan terhadap minyak masak dalam paket di pasaran.

whatsapp-image-2016-11-14-at-11-08-01-pm

Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak kitar semula adalah tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983. Mana-mana orang yang didapati mengimport, mengilang dan menjual minyak masak kitar semula yang boleh memudaratkan kesihatan, tindakan akan diambil di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau kedua-duanya.

Kementerian Kesihatan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung minyak masak kitar semula termasuk alamat premis yang terlibat agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

14 November 2016

Categories: Food Safety

Tagged as:

1 reply »

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s