Kenyataan Akhbar KPK 14 November 2016: Pengemaskinian Caj Rawatan Hospital KKM: Hanya Untuk Caj Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengemaskini kadar caj bagi kemudahan rawatan pesakit warganegara berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982. Perintah Fi ini telah diwartakan pada 1 Disember 1982 tidak pernah disemak semula sehingga hari ini (34 tahun), dan tiada sebarang pindaan pernah dibuat terhadap caj rawatan perubatan bagi warganegara. Pengemaskinian caj tersebut hanya melibatkan pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 sahaja, manakala bagi Kelas 3 tiada sebarang perubahan caj. Pengemaskinian ini dicadangkan berkuatkuasa pada 1 Januari 2017.
  1. Bagi pengemaskinian caj yang melibatkan pesakit Kelas 1: caj wad, rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan adalah dinaikkan sebanyak 50%. Bagi Kelas 2: kenaikan 25% adalah hanya melibatkan caj wad sahaja dan tidak melibatkan rawatan, siasatan, ujian makmal dan pembedahan. Kelas 3 tiada sebarang perubahan caj. Sebagai makluman, perbandingan kadar caj wad semasa di Hospital Kerajaan dengan cadangan pengemaskinian caj adalah seperti berikut:

capture

  1. Dalam setahun, adalah dianggarkan terdapat 2 juta pesakit berbayar (tidak termasuk pesakit yang dikecualikan bayaran) yang dimasukkan ke wad di Hospital Kerajaan, di mana pecahan mengikut kelas wad adalah seperti berikut:
    • Kelas 1: 16,000 kemasukan pesakit (0.8%)
    • Kelas 2: 16,000 kemasukan pesakit (0.8%)
    • Kelas 3: 1,968,000 kemasukan pesakit (98.4%)
  1. Memandangkan kebanyakan pesakit, iaitu sebanyak 98.4% pesakit adalah dimasukkan ke wad kelas ketiga, maka pengemaskinian caj ini tidak memberi kesan kepada majoriti pesakit di wad Hospital Kerajaan. Di samping itu, caj pesakit luar samada di Jabatan Pesakit Luar Am atau Jabatan Pesakit Luar Pakar di hospital dan klinik kesihatan dikekalkan pada kadar RM1 (perkhidmatan am) dan RM5 (perkhidmatan pakar) masing-masing, yang merangkumi pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan segala siasatan.

14991084_10153869905971237_7993938258234601139_o

  1. Kenaikan caj bagi Kelas 1 tidak akan membebankan pesakit kerana kemasukan ke Kelas 1 adalah atas pilihan mereka sendiri di mana mereka yang memilih Kelas 1 adalah mereka yang berkemampuan dan mempunyai insurans atau surat jaminan majikan (Guarantee Letter – GL), misalnya penjawat awam. Pada masa ini caj Kelas 1 adalah sangat rendah dan tidak mengambilkira kos yang terlibat dalam memberi rawatan.  Sebagai contoh, caj semasa wad Kelas 1 hanya dalam linkungan RM30 hingga RM80 sehari berbanding swasta yang mengenakan caj di antara RM100 hingga RM400 sehari. Caj yang lain seperti ujian makmal, siasatan dan pembedahan bagi pesakit Kelas 1 di hospital Kerajaan juga jauh lebih rendah berbanding sektor swasta.  Contohnya caj bersalin Kelas 1 di hospital Kerajaan hanya RM300 berbanding RM3 ribu di sektor swasta dan jika melibatkan bersalin dengan bantuan (forcep/vacuum/breech) dan pembedahan caesarean hanya RM400 hingga RM800 berbanding di sektor swasta antara RM4 ribu hingga RM15 ribu.
  1. Kerajaan juga memberi pengecualian caj pesakit luar kepada warga emas dan pengurangan caj sebanyak 50% jika dimasukkan ke wad, dengan jumlah bayaran maksimum hanya sebanyak RM250 sahaja. Antara golongan-golongan lain yang telah diberi pengecualian adalah seperti golongan OKU, penerima bantuan kewangan, pelajar sekolah, penderma darah dan penderma organ.
  1. Bilangan katil di Kelas 1 and Kelas 2 juga adalah terhad iaitu hanyalah sebanyak 2,271 buah katil Kelas 1 dan 3,251 buah katil Kelas 2 daripada keseluruhan jumlah katil sebanyak 40,748 buah katil. Oleh itu, adalah jelas bahawa selain daripada pesakit yang memilih Kelas 1 yang merupakan golongan berkemampuan, bilangan mereka juga sangat kecil, maka kesan kenaikan caj Kelas 1 dan caj wad Kelas 2 adalah sangat minimal.
  1. Juga perlu diingatkan bahawa hospital dan klinik kesihatan Kerajaan tidak mengenakan sebarang caj untuk ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit. KKM membelanjakan sebanyak RM2 bilion setahun untuk membekalkan ubat kepada pesakit.
  1. Adalah dimaklumkan sekali lagi, pengemaskinian caj rawatan ini tidak melibatkan pesakit Kelas 3 di mana kadar caj yang dikenakan masih kekal. Di samping itu, jumlah caj maksimum bagi setiap kemasukan bagi pesakit Kelas 3 adalah sebanyak RM500 sahaja.  Bagi pesakit yang tidak berkemampuan pula, mereka boleh diberi pengecualian caj rawatan.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 November 2016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s