Month: December 2016

Kenyataan Akhbar KPK 30 Disember 2016 – Kepala Kemaluan Terputus Semasa Prosedur Berkhatan Oleh Doktor Perubatan Swasta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai dua kes kanak-kanak yang telah menjalani prosedur berkhatan di klinik swasta dan telah mengalami komplikasi daripada prosedur ini. Kanak-kanak tersebut kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut. Kes pertama adalah melibatkan kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun yang […]

Press Statement DG of Health Malaysia 30th December 2016 – Total Amputation of Glans Penis During Circumcision Procedure by General Practitioner

The Ministry of Health (MOH) would like to inform about the two cases of children that underwent circumcision at private General Practitioner (GP) clinics, and had resulted in complications. Both cases were subsequently referred to Kuala Lumpur Hospital (HKL) for further treatment. The first case involved a 9 […]

Kenyataan Akhbar KPK 23 Disember 2016 – Penjelasan Berkaitan Kejadian Wabak Malaria di Pos Kemar, Hulu Perak dan Status Semasa Wabak

Kejadian wabak malaria di Pos Kemar, Hulu Perak telah dilaporkan pada 16 November 2016. Ianya telah bermula apabila tiga (3) orang penduduk di Pos Kemar telah didapati positif oleh kakitangan kesihatan di lapangan untuk jangkitan malaria jenis Plasmodium vivax (P. vivax) apabila mereka mengadu mengalami demam berpanjangan. Pos […]

Kenyataan Akhbar KPK 16 Disember 2016 – Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar ‘Creative Health Resources (CHR) Creative Herbs dan Creative Health Resources (CHR) Creative Nutrition’

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional dengan nama CREATIVE HEALTH RESOURCES (CHR) CREATIVE HERBS dan CREATIVE HEALTH RESOURCES (CHR) CREATIVE NUTRITION (gambar produk disertakan […]

Kenyataan Akhbar KPK 6 Disember 2016 – Pemberian Ubat Rawatan Kanser Akan Diteruskan Bagi Pesakit Kanser di KKM

Merujuk kepada artikel dalam akhbar The MalayMail Online pada 5 Disember 2016 yang bertajuk “Why New Cancer Drugs Are Unavailable in Malaysian Public Hospitals”, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberi penerangan mengenai beberapa salah faham seperti yang dinyatakan dalam artikel tersebut. Seperti kebanyakan negara lain, KKM juga mempunyai […]

Majlis Pelancaran Program Ikon Gigi (iGG) Kebangsaan 4 Disember 2016 Dewan Tun Perak, LHDN Melaka

Program iGG telah dimulakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada bulan Mei 2016 dengan 30 orang sukarelawan dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Para ikon ini diberi latihan terlebih dahulu berpandukan modul penjagaan kesihatan pergigian. Walau bagaimanapun, ikon pergigian ini masih dibimbing dan dipantau oleh fasilitator yang terdiri […]

Kenyataan Akhbar KPK 3 Disember 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi & Zika di Malaysia (Bagi Minggu 47/2016 dari 20-26 November 2016)

    Pada minggu ke-47 tahun 2016, iaitu dari 20 November hingga 26 November 2016, sebanyak 1,257 kes telah dilaporkan berbanding 1,201 kes pada minggu sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 56 kes (4.7%). Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Januari hingga 26 November 2016, jumlah kumulatif kes Demam […]