Kenyataan Akhbar KPK 3 Disember 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi & Zika di Malaysia (Bagi Minggu 47/2016 dari 20-26 November 2016)

 

 

Pada minggu ke-47 tahun 2016, iaitu dari 20 November hingga 26 November 2016, sebanyak 1,257 kes telah dilaporkan berbanding 1,201 kes pada minggu sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 56 kes (4.7%). Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Januari hingga 26 November 2016, jumlah kumulatif kes Demam Denggi adalah 94,337 kes iaitu penurunan sebanyak 13.6% (14,829 kes) berbanding tempoh yang sama tahun 2015 yang telah melaporkan sebanyak 109,166 kes.  Walau bagaimanapun, terdapat lapan (8) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sarawak, Kedah dan Sabah.

m47

Terdapat enam (6) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-47 dan ini membuatkan jumlah kumulatif kematian Denggi di Malaysia dari Januari sehingga 26 November 2016 adalah sebanyak 220 kematian berbanding 296 kematian pada tahun 2015 iaitu pengurangan sebanyak 25.7%.

Lokaliti wabak dan hotspot juga menunjukkan pengurangan pada minggu ke-47 berbanding minggu sebelumnya iaitu 374 lokaliti wabak dan 37 lokaliti hotspot. Lokaliti hotspot adalah di Selangor (33 lokaliti), Perak (2 lokaliti) dan masing-masing satu (1 lokaliti) di WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Johor.

WhatsApp-Image-20160603 (1)

Pergerakan orang ramai secara meluas semasa cuti sekolah boleh menyebabkan jangkitan Demam Denggi lebih cepat merebak jika terdapat nyamuk Aedes di persekitaran mereka. Sehubungan itu, KKM menasihatkan masyarakat untuk melakukan aktiviti pencegahan seperti berikut;

  1. Memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kediaman masing-masing semasa pulang bercuti.
  2. Memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam takungan air kekal terutama apabila tidak menggunakannya lebih dari tempoh seminggu.
  • Menggunakan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa yang berada di dalam rumah.
  1. Menggunakan bahan penghalau nyamuk (repelen) kepada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk, terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit (5–7 pagi dan 5–7 petang).
  2. Sekiranya ada di kalangan masyarakat yang mengalami gejala Demam Denggi dan Zika dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran.

Mengenai situasi Zika, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 24 November 2016, terdapat sebanyak 75 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika. Di Malaysia pula, bilangan kes masih kekal tujuh (7) kes disahkan positif Zika yang telah dilaporkan dari 1 September 2016 sehingga 28 November 2016. Pemantauan survelan makmal oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari bulan Jun 2015 sehingga 26 November 2016, turut mendapati keputusan ujian yang negatif bagi 1,589 sampel darah dan air kencing yang telah diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika. Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Disember 2016

m471m472

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s