Kenyataan Akbar KPK 14 Disember 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Bagi Minggu 49/2016 (4–10 Disember 2016)

Sepanjang minggu ke 49 tahun 2016 iaitu dari 4 Disember 2016 hingga 10 Disember 2016, sebanyak 1,376 kes Demam Denggi telah dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 48 kes (3.6%) berbanding Minggu ke-48 tahun 2016 iaitu 1,328 kes. Jumlah kumulatif kes Demam Denggi di seluruh negara yang dilaporkan dari 4 Disember 2016 hingga 10 Disember 2016, adalah sebanyak 97,041 kes, berbanding 113,500 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 14.5% (16,459 kes).

screen-shot-2016-12-14-at-4-05-34-pm

Pada minggu lepas, terdapat enam (6) kes kematian dilaporkan daripada 4 Disember 2016 hingga 10 Disember 2016. Jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga 10 Disember 2016 adalah sebanyak 228 kematian, berbanding 304 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2015, pengurangan sebanyak 75 kematian (24.7%).

Sehingga 10 Disember, Sejumlah 417 lokaliti wabak masih aktif dilaporkan di 12 negeri iaitu Selangor (232;56%), WPKL & Putrajaya (48;12%), Johor (39;9%), Kelantan (28;7%), Perak (22;5%), N. Sembilan (16), Sabah (8), Sarawak (4), Pahang (5), Pulau Pinang (8), Melaka (5) dan Kedah (2). Tiada kejadian wabak dilaporkan di Perlis, Terengganu dan WP Labuan.

Hasil analisa KKM menunjukkan kadar pembiakan Aedes adalah tinggi iaitu antara 1% hingga 36%. Penduduk setempat dinasihatkan supaya mengambil berat tentang kebersihan di kediaman masing-masing dengan menjalankan aktiviti gotong royong setiap minggu untuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes supaya kitaran hidup nyamuk dapat diputuskan dan jangkitan Denggi tidak dapat disebarkan.

IMG_5680

Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 8 Disember 2016, terdapat sebanyak 75 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika. Bagi situasi di Malaysia pula, bilangan kes masih kekal tujuh (7) kes disahkan positif Zika yang telah dilaporkan dari 1 September 2016 sehingga 10 Disember 2016. Pemantauan survelan makmal oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari bulan Jun 2015 sehingga 10 Disember 2016, mendapati keputusan ujian bagi 1,633 sampel darah dan air kencing yang telah diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika adalah negatif. Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

14 Disember 2016

screen-shot-2016-12-14-at-4-06-13-pmscreen-shot-2016-12-14-at-4-06-25-pmscreen-shot-2016-12-14-at-4-06-34-pm

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s