Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat peningkatan kes Demam Denggi dalam tempoh tiga (3) minggu dari 1 Januari hingga 21 Januari 2017. Pada minggu ketiga tahun 2017, iaitu bagi tempoh dari 15 hingga 21 Januari 2017, sebanyak 2,053 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 1,876 kes pada […]
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting kaum Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Cina. Tahun Baru Cina juga merupakan antara perayaan utama di Malaysia dan disambut berbilang bangsa melalui aktiviti kunjung-mengunjung. Aktiviti kunjung-mengunjung ini juga tidak akan lengkap tanpa hidangan pelbagai juadah yang enak dan istimewa. Seperti […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu fucuk palsu yang menular di media sosial pada awal bulan Januari 2017 berdasarkan satu rakaman video pendek. Rakaman video pendek tersebut memaparkan dakwaan seorang wanita bahawa fucuk yang dibeli daripada sebuah pasaraya di Mersing, Johor disyaki diperbuat daripada plastik. Berdasarkan maklumat […]
Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu beras palsu yang menular semula di media sosial sejak kebelakangan ini. Terbaru, terdapat dakwaan bahawa beberapa jenis beras dengan jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE adalah beras palsu yang dihasilkan daripada plastik. Pihak Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) telah mengesahkan bahawa […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memandang berat isu-isu berkaitan keselamatan dan kualiti produk kosmetik di pasaran. Kebelakangan ini terdapat banyak laporan di media massa yang melibatkan produk yang digunakan untuk tujuan kecantikan. Siasatan KKM menunjukkan kebanyakan produk-produk terlibat tidak dikategorikan sebagai kosmetik dan adalah produk farmaseutikal tidak berdaftar […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Kosmo dan Harian Metro bertarikh 16 Januari 2017 mengenai tepung gandum yang didakwa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengandungi bahan peluntur benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di laman sosial berkaitan limau mandarin yang didakwa mengandungi sulfur dioksida. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu. Ini termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin di mana sulfur dioksida […]
Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (P&TK) 2016 [Akta 775] telah diwartakan pada 10 Mac 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016 oleh YB Menteri Kesihatan. Malaysia adalah merupakan antara beberapa negara terawal di dunia yang telah menggubal Akta sedemikian untuk mengawal selia amalan dan pengamal PT&K. Antara lain, […]
Pada minggu pertama tahun 2017, iaitu bagi tempoh dari 1 hingga 7 Januari 2017, sebanyak 1,663 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 1,329 kes pada minggu sebelumnya, iaitu berlaku peningkatan sebanyak 334 kes (25%). Terdapat sepuluh (10) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang 42 […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengesahkan satu lagi kes kanak-kanak yang mengalami komplikasi prosedur berkhatan baru-baru ini seperti yang dilaporkan beberapa akhbar bercetak dan media elektronik tempatan. Kes ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang telah menjalani prosedur berkhatan di surau berhampiran rumahnya dalam majlis berkhatan […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di media sosial berkaitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam buah-buahan dalam tin daripada Thailand. KKM ingin memaklumkan bahawa perkara ini adalah tidak berasas. HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin […]
The Ministry of Health would like to refer to the issue on the presence of rat at the 7–Eleven Kelana Centre Point, Petaling Jaya which went viral in the social media with the caption “Spot a rat enjoying hotdog at 7-Eleven Kelana Centre Point. Please be careful when […]
Kenyataan ini dikeluarkan untuk menasihati pesakit-pesakit hipertensi yang menerima produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat Hovid Berhad untuk menyemak samada terdapat kelompok BG04645 dalam simpanan mereka. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan arahan kepada Hovid Berhad untuk memanggilbalik kelompok berkenaan berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel […]
Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan dan menerbitkan dua penilaian teknologi kesihatan (HTA) berkaitan Terapi Ozon pada tahun 2005 dan 2011. Objektif penilaian teknologi kesihatan ini adalah untuk menilai keselamatan dan keberkesanan ozon terapi dalam rawatan perubatan menggunakan bukti dalam terbitan ilmiah. Carian […]
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan akibat kejadian banjir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di negeri Terengganu dan Kelantan akibat hujan lebat yang turun berterusan sejak 31 Disember 2016. Sehingga kini tiada fasiliti kesihatan di bawah KKM yang dilaporkan […]
You must be logged in to post a comment.