Kenyataan Akhbar KPK 1 Januari 2017 – Kesiapsiagaan dan Respon KKM Bagi Menghadapi Banjir

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan akibat kejadian banjir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di negeri Terengganu dan Kelantan akibat hujan lebat yang turun berterusan sejak 31 Disember 2016. Sehingga kini tiada fasiliti kesihatan di bawah KKM yang dilaporkan terjejas akibat kejadian banjir tersebut.

banjir-terengganu

Pasukan petugas perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah terbabit telah digerakkan ke Pusat-pusat Pemindahan Banjir yang telah dibuka dan bersedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan sekiranya terdapat mangsa yang tidak sihat. Pasukan kesihatan juga telah dihantar bagi menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bagi memantau, mengesan dan mengawal kejadian penyakit berjangkit. Sehingga kini tiada kejadian wabak penyakit berjangkit dilaporkan berlaku di kawasan yang terlibat.

Justeru itu, KKM ingin menasihatkan orang ramai seperti berikut bagi mencegah dan mengawal kejadian penyakit berjangkit semasa banjir;

  1. Tidak bermain dengan air banjir bagi mengelakkan sebarang kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir seperti penyakit Leptospirosis (jangkitan air kencing tikus), meloidosis, dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan.
  2. Orang ramai dinasihatkan agar mengambil air minum dan makanan yang bersih dan tidak tercemar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, kolera dan tifoid.
  3. Mangsa banjir juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri semasa banjir iaitu dengan membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage).
  4. Hendaklah sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran. Pembuangan sampah di merata tempat akan mendatangkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain. Semasa banjir, hujan akan menyebabkan bekas-bekas menakung air menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan anopheles. Ini menyebabkan populasi nyamuk bertambah dan boleh merebakkan penyakit bawaan nyamuk seperti demam denggi, chikungunya dan malaria tidak kira semasa banjir atau selepas banjir.
  5. Sila dapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran jika mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, batuk dan sebagainya.

KKM akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua pihak yang terlibat dan akan terus memantau situasi banjir serta meningkatkan kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi keadaan banjir sekiranya ianya bertambah teruk.

Terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Januari 2017

15822865_10154018698206237_5057640008868009791_n

15726837_10154018692221237_342387864857863601_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s