Penilaian Teknologi Kesihatan (HTA) Berkaitan Terapi Ozon

Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan dan menerbitkan dua penilaian teknologi kesihatan (HTA) berkaitan Terapi Ozon pada tahun 2005 dan 2011. Objektif penilaian teknologi kesihatan ini adalah untuk menilai keselamatan dan keberkesanan ozon terapi dalam rawatan perubatan menggunakan bukti dalam terbitan ilmiah. Carian telah dijalankan menggunakan pangkalan data elektronik, termasuk PubMed, Ovid Medline(R), EBM Reviews-Cochrane Central Register of Controlled Trials, EBM Reviews Cochrane database of systematic reviews, EBM Reviews – HTA Databases, Horizon Scanning database, laman web FDA, dan Google untuk laporan yang diterbitkan.

Kedua-dua Laporan Penilaian Teknologi Kesihatan bagi Terapi Ozon tersebut mendapati bahawa terapi ozon tidak mempunyai kelebihan terapeutik sebagai terapi pilihan bagi pelbagai penyakit berbanding kaedah terapi konvensional. Selain itu, maklumat keselamatan bagi terapi ozon juga tidak mencukupi. Didapati terdapat bukti tahap rendah yang terhad bagi keberkesanan terapi ozon dalam rawatan bagi penyakit tertentu sahaja, misalnya rawatan sakit belakang. Kesimpulan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan ini tidak cukup kukuh untuk memberi kesimpulan bahawa terapi ozon adalah berkesan dalam merawat penyakit-penyakit lain seperti jangkitan HIV dan kanser. Walaupun terapi ozon ini didakwa sebagai minimal invasif dan komplikasi yang berkaitan dengan rawatan ini jarang berlaku, terdapat banyak asas pertimbangan lain yang perlu diambil kira sebelum memutuskan bahawa terapi ozon adalah selamat. Terdapat laporan insiden yang mengancam nyawa dan keadaan di mana pengguna telah mengalami kehilangan upaya yang kekal yang berkaitan dengan penggunaan terapi ozon ini.

Muat turun laporan lengkap di:

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/347/161

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/348/161

Health Technology Assessment (HTA) on Ozone Therapy

The Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) at Ministry of Health Malaysia had conducted and published two health technology assessment (HTA) on Ozone Therapy in 2005 and 2011. The objective of this technology reviews were to assess the safety and efficacy or effectiveness of ozone therapy in the treatment of medical conditions using existing evidence in literature. Electronic databases were searched, which included PubMed, Ovid Medline(R), EBM Reviews-Cochrane Central Register of Controlled Trials, EBM Reviews Cochrane database of systematic reviews, EBM Reviews – HTA Databases, Horizon Scanning database, FDA website, and Google for published reports.

Both of these Health Technology Assessment on Ozone Therapy concluded that the data on the usage of ozone therapy as therapeutic options for various health conditions lacks sufficient safety and therapeutic advantage over available conventional therapeutic modalities. There were few low level evidences retrieved on the efficacy or effectiveness of ozone therapy in the treatment of certain medical conditions. However, the evidences obtained were limited to some medical problems only, such as treatment of back pain and were not sufficient to conclude that ozone therapy is effective in treating other medical conditions such as HIV infections and cancers. Although ozone therapy is claimed to be minimally invasive and complications related to this treatment are rare, there are a lot of other considerations to take into account before deciding that ozone therapy is safe. Life-threatening event and permanent disability have been reported with regards to the procedures in administrating oxygen-ozone therapy.

Download Full Report at:

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/347/161

http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/348/161

 

Reference:

Kamaruzaman H.F., Thye S.L., Ozone Therapy – An Update. Health Technology Assessment, MOH (2011).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s