Kenyataan Akbar KPK – Situasi Semasa Demam Denggi dan Zika di Malaysia (Bagi Minggu 01/2017: 1-7 Januari 2017)

Pada minggu pertama tahun 2017, iaitu bagi tempoh dari 1 hingga 7 Januari 2017, sebanyak 1,663 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 1,329 kes pada minggu sebelumnya, iaitu berlaku peningkatan sebanyak 334 kes (25%). Terdapat sepuluh (10) negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Pahang 42 kes (221%), Melaka 42 kes (191%), Kedah 11 kes (183%), WP KL Putrajaya 83 kes (120%), Johor 84 kes (120%), Perak 53 kes (96%), Sabah 24 kes (75%), Kelantan 24 kes (35%), Selangor 268 kes (47%) dan Pulau Pinang 6 kes (19%). Jumlah kes yang dilaporkan pada minggu pertama 2017 menurun sebanyak 50% (1,674 kes) di banding dengan minggu yang sama pada 2016 (3,337 kes).

Screen Shot 2017-01-16 at 12.56.48 PM.png

Terdapat dua (2) kes kematian dilaporkan dari 1 hingga 7 Januari 2017. Jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga 7 Januari 2017 adalah sebanyak 2 kematian, berbanding 4 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2016, pengurangan sebanyak 2 kematian (50%).

Hasil analisa KKM terhadap kes denggi sepanjang tahun 2016 mendapati 56% daripada 101,357 kes yang dilaporkan terdiri daripada lelaki manakala 44% adalah perempuan dan sebanyak 99% kes di diagnosis sebagai demam denggi serta 1% adalah ‘severe dengue’ sama ada ‘dengue shock syndrome atau ‘dengue hemorrhagic fever’. Sementara itu, sebanyak 4,214,306 premis di seluruh negara telah dijalankan pemeriksaan oleh KKM sepanjang tahun 2016. Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati 84.7% daripada pembiakan yang ditemui adalah di luar rumah berbanding 15.3% di dalam rumah. Dalam masa yang sama, bekas plastik merupakan bekas pembiakan utama iaitu 18.3% yang dijumpai diikuti tong (11.5%), tayar (8.5%) dan baldi (6.9%). Projek rumah terbengkalai (11.6%) mencatatkan indeks pembiakan tertinggi melebihi nilai sensitif 1% atau premis berisiko jangkitan denggi, diikuti tanah lot kosong (10.3%), taman mainan/rekreasi (6.8%), kilang (6%), tapak pembuangan sampah (5.8%) dan tapak binaan (4%). Indeks pembiakan (AI) pada tahun 2016 (2.12%) dan 2015 (2.49%) masih melebihi nilai piawaian 1% yang menunjukkan risiko jangkitan juga masih tinggi. Negeri yang menunjukkan indeks pembiakan tertinggi ialah Selangor (3.56%), Pulau Pinang (3.36%), Melaka (3.15%), Johor (2.36%), Sarawak (2.35%), Kelantan (2.13%), Perlis (2.07%), WPKL (1.22%), Terengganu (1.12%) dan Negeri Sembilan (1.06%).

Bagi aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, sepanjang tahun 2016 sebanyak 16,601 kompaun telah dikeluarkan bernilai RM8,235,600. Sebanyak 1,721 tindakan mahkamah telah dikenakan dengan denda sebanyak RM1,200,760. Tindakan tegas terhadap pemaju tapak binaan telah dijalankan di mana sebanyak 2,305 tapak bina diberi notis penutupan bagi tujuan kerja-kerja pembersihan.

screen-shot-2017-01-16-at-12-59-11-pm

Tren denggi sehingga penghujung tahun 2016 terus menunjukkan peningkatan. Pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan termasuk usaha daripada Kementerian dan agensi yang terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas Denggi dalam menangani isu denggi yang semakin meruncing ini. Kementerian dan agensi juga perlu meneruskan usaha masing-masing dalam membanteras denggi. Tindakan bersepadu ini telah menunjukkan hasil yang positif di mana pada tahun 2016, bilangan kes denggi berjaya diturunkan sebanyak 16% berbanding tahun sebelumnya. Isu denggi adalah isu yang melibatkan kebersihan persekitaran. Komuniti perlu mengamalkan aktiviti ‘Cari dan Musnah’ tempat pembiakan nyamuk pada setiap minggu. Sekiranya komuniti dan agensi lain mengambil inisiatif dalam menjaga kebersihan persekitaran tidak mustahil kes denggi dapat dikurangkan pada tahun 2017. Aspirasi ini perlu ditanam dan dipupuk oleh semua golongan masyarakat agar kesejahteraan dan kualiti hidup yang baik dapat dikecapi bersama.

13346953_989506834498643_7230415285195353535_n

Berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Januari 2017, terdapat sebanyak 75 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika. Bagi situasi di Malaysia pula, terdapat sebanyak lapan (8) kes disahkan positif Zika yang telah dilaporkan dari 1 September 2016 sehingga 31 Disember 2016. Pemantauan sistem survelan virus Zika oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 1 Januari sehingga 7 Januari 2017, mendapati keputusan ujian bagi 24 sampel darah dan air kencing yang telah diuji daripada pesakit yang menunjukkan gejala virus Zika adalah negatif.

Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

16 Januari 2017

14184556_1253513968001142_1078963125557935650_n

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s