Kenyataan Akhbar KPK 16 Januari 2017 -Mesyuarat Majlis Perubatan Tradisional & Komplementari (Pt&K) Yang Julung Kali

Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (P&TK) 2016 [Akta 775] telah diwartakan pada 10 Mac 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016 oleh YB Menteri Kesihatan. Malaysia adalah merupakan antara beberapa negara terawal di dunia yang telah menggubal Akta sedemikian untuk mengawal selia amalan dan pengamal PT&K. Antara lain, Akta ini memperuntukkan penubuhan Majlis PT&K untuk mengawal selia perkhidmatan PT&K di Malaysia serta mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Anggota dan Setiausaha Majlis PT&K telah dilantik oleh YB Menteri Kesihatan bagi tujuan tersebut.

15937005_1430410760316141_2518545961926851765_o

Mesyuarat Majlis PT&K yang pertama telah buat julung kalinya diadakan pada 16 Januari 2017. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia selaku Pengerusi Majlis PT&K. Majlis ini turut dianggotai oleh tiga (3) wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dua (2) wakil universiti tempatan dengan kepakaran PT&K dan lima (5) wakil industri dengan pengalaman dan kelayakan PT&K.

13726622_1430410763649474_5191647403779230785_n

Mesyuarat ini telah menyerlahkan kepentingan untuk mengawalselia amalan serta pengamal PT&K berlandaskan kriteria-kriteria tertentu yang memberi fokus utama kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan kualiti rawatan serta amalan. Di antara perkara yang telah dipertimbangkan semasa mesyuarat tersebut termasuklah tatacara mesyuarat majlis, terma rujukan Setiausaha Majlis, penetapan bidang amalan PT&K yang diiktiraf serta penetapan badan pengamal berdasarkan bidang amalan PT&K yang diikitraf.

KKM sentiasa menilai dan melakukan penambahbaikan dalam mencorak sistem kesihatan yang lebih berkualiti di Malaysia. Penubuhan Majlis PT&K ini adalah di antara usaha KKM untuk memartabatkan amalan dan pengamal PT&K di Malaysia supaya ianya dapat menuju ke arah profesionalisme, berkualiti dan selamat.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

SELAKU PENGERUSI

MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

 

16 JANUARI 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s