Kenyataan Akhbar KPK 26 Januari 2017 – Isu Beras Palsu

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu beras palsu yang menular semula di media sosial sejak kebelakangan ini. Terbaru, terdapat dakwaan bahawa beberapa jenis beras dengan jenama Kokeshi Rice, Kohinoor Basmati Rice dan NICR.RICE adalah beras palsu yang dihasilkan daripada plastik.

Pihak Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) telah mengesahkan bahawa Malaysia tidak mengimport jenis beras dengan jenama terbabit. Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan ke atas beras yang dijual di pasaran juga mendapati bahawa jenis beras dengan jenama terbabit yang didakwa dihasilkan daripada plastik tidak dijual di negara ini.

Sepertimana yang telah dimaklumkan melalui kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan pada 21 Mei 2015, beras yang diimport ke negara ini kebiasaannya adalah daripada negara Vietnam, Thailand dan Pakistan sebagaimana dimaklumkan oleh BERNAS. Di samping itu, menurut BERNAS kesemua beras tersebut diimport secara pukal dan akan dibungkus di negara ini dalam pelbagai saiz bungkusan.

Dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

26 Januari 2017

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s