Dental

Kenyataan Akhbar KPK 2 Februari 2017 – Caj Sediada Rawatan Pergigian Pesakit Luar (Warganegara) di Fasiliti Kementerian Kesihatan Tidak Berubah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memberi penjelasan lanjut mengenai isu caj rawatan pergigian. Adalah dimaklumkan bahawa caj bagi prosedur rawatan sediada dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 tidak pernah disemak selama 35 tahun sedangkan kos sebenar telah meningkat. Justeru, perintah ini telah dikemaskini di mana Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah menunjukkan kos rawatan asas semasa (bersubsidi) bagi rawatan pergigian di fasiliti kesihatan KKM. Walaupun sememangnya terdapat keperluan kenaikan caj bagi prosedur rawatan sediada, Kerajaan terus komited memberikan subsidi yang tinggi bagi rakyat termasuk rawatan pesakit luar. Misalnya bagi penskaleran dan penggilapan gigi (scaling/cuci gigi), kos rawatan pesakit luar bersubsidi di KKM adalah RM55 (kadar caj prosedur 2017), namun pesakit luar yang diberi subsidi tinggi hanya perlu membayar RM2 sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kadar subsidi semasa sebenarnya telah bertambah berbanding dahulu (double subsidy).

Seperti yang diamalkan bagi bil di hospital untuk pesakit dalam (itemised billing), pesakit luar pergigian akan diberikan pemakluman caj rawatan di mana ianya akan menunjukkan kos sebenar rawatan yang disubsidi oleh Kerajaan. Oleh itu, senarai caj yang disenaraikan dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 bagi pesakit luar adalah untuk kegunaan pihak hospital dan klinik bagi memudahkan pemakluman tersebut. Walau bagaimanapun, pesakit tetap hanya membayar harga yang disubsidi tinggi misalnya sekadar RM2 untuk penskaleran dan penggilapan gigi (scaling/cuci gigi), RM2 untuk tampalan gigi dan RM1 untuk cabutan gigi.

Pengecualian bayaran bagi golongan tertentu pula adalah dikekalkan seperti sediada mengikut tatacara yang telah digariskan. Ini menunjukkan Kerajaan sememangnya terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan berkualiti tinggi pada kadar yang berpatutan kepada semua Rakyat Malaysia.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 FEBRUARI 2017

Categories: Dental, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s