Kenyataan Akhbar KPK 8 Februari 2017 – Isu Tablet Paracetamol Mengandungi Virus “Machupo” Yang Tersebar Luas Di Laman Media Sosial

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada penularan mesej di laman media sosial berkaitan tablet paracetamol P/500, warna putih berkilat yang dikatakan mengandungi virus ‘Machupo’.

Produk P/500 (Aeknil) tablet berwarna putih yang disebarkan melalui media sosial  tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan adalah berbeza dengan produk Aeknil Tablets yang didaftarkan.

Produk Aeknil Tablet yang berdaftar dengan KKM mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor pendaftaran MAL19911249XZ untuk indikasi “For the relief of mild to moderate pain and reduce fever”. Tablet yang didaftarkan berwarna biru, berbentuk bulat dengan diameter ½ inci dan mempunyai perkataan aeknil atau therapeutic pada permukaannya.

Untuk makluman, KKM juga tidak menerima sebarang laporan alert berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa negara pengilang atau negara-negara lain setakat ini.

Virus “Machupo” dikelaskan dalam kumpulan virus Arenavirus yang boleh menyebabkan demam berdarah. Buat masa ini, virus berkenaan hanya ditemui di Amerika Selatan. Ia tersebar melalui air kencing atau najis tikus yang telah dijangkiti. Seperti kebanyakan virus yang lain, virus ini tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet paracetamol.

Orang awam dinasihatkan supaya tidak mempercayai berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya. Orang ramai diminta untuk memastikan produk yang diguna adalah produk berdaftar di mana ia mempunyai pelekat hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran MAL. Semakan status pendaftaran sesuatu produk boleh dibuat melalui laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau menghubungi NPRA di talian 03-78835400.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16422337_1282931121746208_5811552976984953831_o

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s