Kenyataan Akhbar KPK 11 Februari 2017 – Situasi Terkini Kejadian Jangkitan Saluran Pernafasan di Tanah Merah Kelantan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga 11 Februari 2017 jam 12.00 tengahari, aktiviti kawalan dan pencegahan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan dan JKN Selangor adalah diteruskan bagi mengenalpasti punca jangkitan dan mengesan sekiranya terdapat kes tambahan. Buat masa ini tiada kes baru jangkitan saluran pernafasan tambahan yang dilaporkan dan tiada tambahan kes baru yang disyaki Leptospirosis dikesan. Untuk makluman juga, dua (2) pesakit yang sebelum ini menerima rawatan pesakit dalam di hospital-hospital KKM telah sihat dan dibenarkan pulang pada petang 10 Februari 2017. Manakala empat (4) pesakit masih dirawat di hospital-hospital KKM namun kesemua mereka berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.

KKM ingin menyatakan bahawa maklumat dalam mesej tular yang tersebar luas di media sosial (rujuk contoh di lampiran) adalah tidak benar sama sekali. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kejadian jangkitan ini merupakan kluster jangkitan yang terpencil, dan tidak merebak seperti yang dihebahkan dalam mesej tular. Dengan keputusan yang dimaklumkan oleh KKM pada 10 Februari 2017, maka terungkailah isu tular yang kononnya jangkitan ini merupakan ‘wabak virus misteri’, seperti yang telah disebarkan oleh pihak media tertentu tanpa mendapatkan sebarang pengesahan daripada KKM terlebih dahulu.

Begitu juga dengan individu-individu tertentu dalam masyarakat, termasuk dari kalangan kakitangan KKM yang menyebarkan maklumat atau berita tidak sahih. Yang pastinya tindakan melulu pihak-pihak tertentu ini telah menggemparkan rakyat dan masyarakat setempat. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini telah menyebarkan panik di kalangan masyarakat dan ianya adalah amat dikesali. Seperti dimaklumkan oleh Y.B. Menteri Kesihatan sebelum ini, KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan KKM yang didapati menyebarkan atau membocorkan maklumat rahsia atau maklumat tidak sahih.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih berkaitan kejadian ini serta mengikuti perkembangan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh KKM. Maklumat terkini yang sahih boleh diperolehi melalui laman Facebook KKM https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

11 Februari 2017

tular7

tular6

tular4

tular5

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s