Kenyataan Akhbar KPK 16 Februari 2017 – Perkembangan Kluster Jangkitan Rotavirus di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong Baling, Kedah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan, sehingga 14 Februari 2017, jumlah kes acute gastroenteritis (AGE) akibat jangkitan Rotavirus dan mempunyai sejarah mengunjungi Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah adalah 86 orang. Semenjak 11 Februari 2017, tiada kes baru dilaporkan dan dua (2) kes terakhir yang dirawat di hospital telah didiscaj. Tiada kes dehidrasi teruk atau kematian dilaporkan dalam kejadian ini. Survelan kes AGE akan diteruskan sehingga 16 Februari 2017 sebelum wabak ini disahkan tamat.

Siasatan di pusat rekreasi ini mendapati tiada kebocoran terhadap sistem pengurusan air kumbahan dan tahap kebersihannya adalah memuaskan. Berdasarkan aktiviti pembersihan kolam di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah serta sejarah pendedahan kes, kemungkinan air kolam tercemar pada 29 Januari dan 30 Januari 2017. Punca pencemaran mungkin dari pengunjung yang kurang kesedaran berkaitan kebersihan diri. Kolam-kolam tersebut telah dicuci pada pagi 31 Januari 2017. Pusat rekreasi ini telah dibuka semula kepada pengunjung pada 6 Februari 2017.

14601129_1239859572700931_5599069333018032855_n-2

Berikutan daripada kejadian ini, Majlis Daerah Baling, iaitu jabatan yang menguruskan pusat rekreasi ini mengambil tindakan berikut:

  • Meneruskan aktiviti mencuci kolam secara berkala setiap dua hari, mengikut jadual sedia ada.
  • Memastikan pengaliran air panas berterusan tanpa sekatan untuk semua kolam buatan,
  • Meletakkan papan tanda larangan pemakaian lampin pakai-buang kanak-kanak dalam kolam mandi serta penguatkuasaan terhadap arahan tersebut.
  • Menghadkan bilangan pengunjung pada waktu-waktu puncak bergantung kepada kapasiti yang dapat ditampung oleh jumlah kolam yang ada bagi mengelakkan berlaku kesesakan yang menyebabkan risiko jangkitan meningkat.
  • Mengedarkan risalah dan memberi nasihat kepada pengunjung bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit bawaan air, khususnya semasa waktu-waktu puncak.

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini, terutamanya tidak memasuki ke dalam kolam sekiranya mempunyai gejala cirit-birit dan dinasihatkan kanak-kanak tidak dibawa masuk ke kolam dengan memakai lampin pakai-buang.

Pejabat Kesihatan Daerah Baling akan membantu Majlis Daerah Baling melalui pemantauan berkala di pusat tersebut dan membuat sesi pendidikan kesihatan kepada pengunjung di situ.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

16 Februari 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s