Kenyataan Akhbar KPK 16 Mac 2017 – Perkembangan Terkini Pemantauan Kesihatan Terhadap Kejadian Selsema Burung (H5N1) dalam Kalangan Unggas di Kelantan

Pemantauan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang berkaitan mendapati sehingga 15 Mac 2017, TIADA kes Influenza A (H5N1) dalam kalangan manusia yang dikesan.

Pada 15 Mac 2017, laporan daripada Jabatan Veterinar Negeri Kelantan menyatakan terdapat pertambahan lokaliti baru yang positif H5N1 hasil daripada pemantauan sampel unggas. Pertambahan lokaliti terbaru ini menjadikan sejumlah empat (4) daerah didapati sampel unggas positif H5N1 iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Bachok.

Sehubungan itu, JKN dan PKD berkaitan telah melaksanakan aktiviti pengesanan kes secara aktif dalam kalangan manusia dan pemantauan dalam lingkungan 300 meter radius dari tempat kejadian ayam mati/lokaliti yang positif H5N1 dalam kalangan unggas. Sehingga 15 Mac 2017, pemantauan telah dijalankan kepada 3,556 penduduk, 133 anggota kesihatan dan 117 anggota Veterinar & agensi lain. Hasil pemantauan tersebut mendapati 14 orang yang bergejala adalah negatif H5N1 dan telah diberikan rawatan antiviral.

Aktiviti promosi kesihatan berkaitan penyakit selsema burung telah dipergiatkan di kawasan dalam lingkungan satu (1) km radius dari tempat kejadian ayam mati/lokaliti yang positif H5N1. Sehingga 15 Mac 2017, sebanyak 5,366 edaran risalah, 2,339 edaran Health Alert Card, 929 sesi perbincangan kecil yang melibatkan 3,214 penduduk, 1,526 sesi tunjuk cara yang melibatkan 3,685 penduduk, 200 nasihat individu, 88 hebahan awam,56 tampalan poster, 766 edaran hand sanitizer dan lima (5) ceramah dengan 1,269 kehadiran dilakukan dalam lingkungan satu (1) km dari tempat kejadian.

Tanda-tanda dan gejala penyakit Selsema Burung adalah demam tinggi (melebihi 38oC), sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit otot, sakit sendi atau letih lesu.

Orang ramai dinasihatkan agar:

  1. Segera mendapat rawatan di fasiliti kesihatan jika mengalami gejala dan terdedah kepada ayam/unggas mati yang disahkan positif atau kejadian unggas mati yang luar biasa;
  2. Amalkan pengendalian unggas yang baik seperti memakai penutup mulut dan hidung, sarung tangan, apron dan kasut but;
  3. Bagi penyembelih ayam, penjual ayam dan pemproses daging ayam, mereka hendaklah juga sentiasa memakai penutup mulut dan hidung (mask), apron, sarung tangan getah/plastik dan kasut but getah yang kalis air; dan
  4. Amalkan tabiat membasuh tangan dengan air yang bersih dan sabun.
  5. Orang awam dinasihatkan agar tidak mendekati/menguruskan bangkai ayam mati khususnya di kawasan wabak. Sebaliknya hendaklah memaklumkan segera kepada Jabatan Haiwan yang berhampiran.

KKM mengambil maklum keresahan orang ramai dan ada menerima pertanyaan sama ada ayam di negeri tersebut selamat dimakan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ayam dan hasilan ayam adalah selamat dimakan sekiranya ia dimasak dengan sempurna iaitu pada suhu melebihi 70oC kerana virus H5N1 akan musnah pada suhu tersebut.  Sehubungan itu, WHO menyarankan supaya ayam dan hasilan ayam disediakan dalam keadaan yang bersih dan dimasak pada suhu yang secukupnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan semua agensi berkaitan dalam menangani kejadian H5N1 dalam kalangan unggas ini.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

16 Mac 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s