Food Safety

Kenyataan Akhbar KPK 22 Mac 2017 – Isu Skandal Daging dari Negara Brazil

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum beberapa laporan berhubung perkara di atas yang disiarkan melalui media kebelakangan ini berkaitan skandal daging dari negara Brazil, di mana beberapa kilang pemprosesan daging didapati telah memberikan rasuah kepada pihak berkuasa di negara terbabit bagi mendapatkan sijil kelulusan.

Berkuatkuasa 1 Januari 2005, KKM telah mengenakan syarat bahawa semua pengimportan daging ke negara ini perlu disertakan dengan Sijil Kesihatan dari pihak berkuasa yang mengesahkan bahawa ianya selamat dimakan. Sekiranya Sijil Kesihatan tidak disertakan, konsainan terlibat tidak dibenarkan diimport ke negara ini.

Berdasarkan kepada maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM), Malaysia ada mengimport daging dari negara Brazil. Sepanjang tahun 2015 dan 2016, hasil pemantauan KKM ke atas daging dari negara Brazil didapati mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, di samping keperluan Sijil Kesihatan oleh KKM daripada pihak berkuasa negara Brazil, KKM telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahan, Uji & Lepas terhadap pengimportan daging dari negara tersebut.

KKM sedang bekerjasama rapat dengan pihak Kedutaan Brazil di Malaysia berhubung dengan perkara tersebut. Berdasarkan kepada  perbincangan dengan pihak Kedutaan Brazil di Malaysia pada 22 Mac 2017, pihak Kedutaan Brazil di Malaysia menjelaskan bahawa daripada 4,837 kilang pemprosesan daging di negara Brazil, hanya 21 kilang pemprosesan daging yang terbabit dan tidak mengeksport ke Malaysia. Buat masa ini, negara Brazil telah melarang kesemua 21 kilang pemprosesan daging tersebut untuk mengeksport ke luar negara.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, makanan yang telah tercemar atau mengandungi bahan berbahaya yang memudaratkan kesihatan tidak dibenar dijual kepada orang ramai. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang terlibat dalam pengimportan, penyimpanan, penyediaan, pengedaran dan penjualan produk-produk yang membahayakan kesihatan, jika bersabit kesalahan di bawah Sesyen 13 (1), Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Mac 2017

Categories: Food Safety, Press

Tagged as:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s