Kenyataan Akhbar KPK 27 Mac 2017 – Isu Stevia Palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian edisi 27 Mac 2017. Laporan tersebut menyatakan hasil ujian makmal yang dijalankan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia terhadap 10 jenama produk stevia yang digunakan oleh pesakit diabetes sebagai pemanis alternatif, mendapati kesemua produk tersebut langsung tidak mengandungi ekstrak tumbuhan itu sebaliknya adalah kombinasi bahan kimia berbahaya yang memudaratkan kesihatan.

whatsapp-image-2017-03-27-at-7-53-33-pm.jpeg

Ekstrak stevia adalah sejenis bahan pemanis semulajadi yang diekstrak daripada daun pokok Stevia rebaudiana Bertoni yang mengandungi glikosida steviol, dan diproses menjadi serbuk putih hingga kuning cerah, tidak berbau dan mempunyai rasa manis. Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gula biasa khususnya kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Peraturan 118A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 telah menetapkan standard bagi produk ekstrak stevia. Di samping itu, Seksyen 13, Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan termasuk produk stevia yang mengandungi bahan kimia berbahaya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

KKM sedang menjalankan siasatan ke atas perkara ini bagi memastikan produk berkenaan mematuhi perundangan makanan.

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

27 Mac 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s