Month: April 2017

Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2017 – Sambutan Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 Serta Pelancaran Garis Panduan Mencegah & Menangani Kekerasan Terhadap Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan dan kesihatan anggotanya, di mana mereka adalah merupakan aset utama dan terbesar buat KKM. Ini adalah selaras dengan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Occupational Safety and Health Act 1994) yang menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan setiap majikan […]

Kenyataan Akhbar KPK 26 April 2017 – Kenyataan Akhbar ke-2 Mengenai Isu Stevia Palsu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk semula artikel bertajuk “Awas Stevia Palsu” yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 27 Mac 2017. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas produk stevia di pasaran. Hasil pemantauan mendapati satu sampel berjenama PURE STEVIA keluaran syarikat VJS Cosmo […]

Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2017 – Garis Panduan Pengusaha Food Truck

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Bentang Garis Panduan Pengusaha Food Truck” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 20 April 2017. Laporan tersebut menyatakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal membentangkan cadangan mewujudkan garis panduan khusus bagi pengusaha food truck bertujuan membuat […]

MyHDW – Build Once, Use Many

Malaysian Health Data Warehouse (MyHDW) is a dedicated system optimised for analysis and reporting with data that is integrated, interoperable and comprehensive. It is built to interoperable based on national health informatics standards. The system has an overarching health care system governance called Data and Information Governance Committee […]

Kenyataan Akhbar KPK 20 April 2017 – Makluman Mengenai Kejadian Terpencil Jangkitan Saluran Pernafasan di Pra-Sekolah SK Seri Tasik Cheras dan Langkah-langkah Pencegahannya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa terdapat beberapa kejadian jangkitan salur pernafasan yang telah dilaporkan di media kebelakangan ini. KKM ingin memaklumkan bahawa kejadian berkaitan jangkitan pernafasan di Malaysia sentiasa dipantau rapi bagi mengesan situasi kejadian luar biasa melalui sistem survelan influenza sediada. Berdasarkan pemantauan ini, KKM […]

Kenyataan Akhbar KPK 17 April 2017 – Kes Kematian Influenza A (H1N1) di Terengganu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara di dunia tidak lagi memantau jangkitan virus influenza A (H1N1) secara khusus serta tiada keperluan bagi mana-mana negara untuk melaporkan kejadian kes influenza A (H1N1) kepada WHO. Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko […]

Kenyataan Akhbar KPK 11 April 2017 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di […]

Kenyataan Akhbar KPK 3 April 2017 – Isu Kehadiran Tikus di Pasaraya AEON, One Utama, Petaling Jaya, Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu penutupan bahagian grocery Pasaraya Aeon, One Utama, Petaling Jaya, Selangor kerana kehadiran tikus yang menjadi tular melalui media sosial. Kementerian Kesihatan ingin mengesahkan bahawa bahagian grocery pasaraya tersebut telah ditutup oleh Kementerian Kesihatan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 […]