Kenyataan Akhbar KPK 17 April 2017 – Kes Kematian Influenza A (H1N1) di Terengganu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara di dunia tidak lagi memantau jangkitan virus influenza A (H1N1) secara khusus serta tiada keperluan bagi mana-mana negara untuk melaporkan kejadian kes influenza A (H1N1) kepada WHO. Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan dan risiko untuk mendapat jangkitan dan komplikasi akibat influenza A (H1N1) adalah serupa dengan influenza bermusim (seasonal influenza) yang lain. Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk influenza A (H1N1) di dalam komuniti adalah seperti mana lain-lain virus influenza bermusim iaitu melalui cecair (droplet) batuk atau bersin mereka yang dijangkiti.

Namun begitu, susulan laporan pihak media tempatan mengenai satu kematian akibat H1N1 di Terengganu, KKM ingin memaklumkan kepada umum untuk menjelaskan situasi kes tersebut. KKM ingin mengesahkan kes kematian seorang wanita yang mengandung disebabkan oleh influenza A (H1N1) di Terengganu. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati wanita tersebut telah mengalami gejala demam, selsema dan batuk pada 1 April 2017 dan mendapatkan rawatan pada 3 April 2017 dan 7 April 2017 di klinik dan hospital swasta. Beliau dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 7 April 2017 olehhospital swasta dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan selanjutnya.  Keadaan beliau merosot dan meninggal dunia pada 12 April 2017 dengan punca kematian ialah Acute Respiratory Distress Syndrome secondary to influenza A (H1N1).

Siasatan lanjut mendapati bahawa tujuh (7) ahli keluarga wanita tersebut mengalami gejala yang sama di mana seorang didapati positif influenza A (H1N1). Dua (2) daripadanya dirawat di hospital dan stabil. Manakala lima (5) yang lain dirawat sebagai pesakit luar. Siasatan di tempat kerja wanita tersebut telah dijalankan dan tiada rakan sekerja yang mengalami gejala yang sama.

KKM ingin memaklumkan bahawa kejadian berkaitan jangkitan pernafasan di Malaysia sentiasa dipantau rapi bagi mengesan situasi kejadian luar biasa melalui sistem survelan influenza. Pemantauan meliputi kejadian Influenza Like-Illness (ILI) dan pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan severe acute respiratory infection (SARI). Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau jenis virus influenza di Malaysia. Berdasarkan pemantauan ini, KKM mendapati tiada trend luar biasa berkaitan influenza yang dikesan di seluruh Malaysia pada masa ini. Justeru, orang ramai dinasihati tidak panik atau membuat spekulasi berdasarkan maklumat yang tidak tepat.

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah mudah pencegahan penularan jangkitan influenza yang telah dihebahkan sebelum ini seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitiser, mengamalkan adab batuk yang baik serta mengamalkan cara hidup sihat.

Screenshot 2015-02-27 22.01.48Screenshot 2015-02-27 22.01.23

Individu yang mempunyai gejala influenza-like illness (ILI) adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sementara individu yang bergejala ILI terutamanya mereka yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi perlu mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan.

Selain itu, individu yang lebih berisiko mendapat jangkitan dan komplikasi akibat influenza (seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik) adalah digalakkan supaya mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang turut meliputi influenza A (H1N1) yang kini berada di pasaran.

Sekian, terima kasih

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 April 2017

Screenshot 2015-02-27 22.02.33

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s