Kenyataan Akhbar KPK 20 April 2017 – Makluman Mengenai Kejadian Terpencil Jangkitan Saluran Pernafasan di Pra-Sekolah SK Seri Tasik Cheras dan Langkah-langkah Pencegahannya

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa terdapat beberapa kejadian jangkitan salur pernafasan yang telah dilaporkan di media kebelakangan ini. KKM ingin memaklumkan bahawa kejadian berkaitan jangkitan pernafasan di Malaysia sentiasa dipantau rapi bagi mengesan situasi kejadian luar biasa melalui sistem survelan influenza sediada. Berdasarkan pemantauan ini, KKM mendapati tiada trend luar biasa berkaitan influenza yang dikesan di seluruh Malaysia pada masa ini.

Terkini, satu kejadian wabak terpencil jangkitan salur pernafasan telah dilaporkan melibatkan kelas pra-sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Cheras, Kuala Lumpur dengan lima (5) orang murid telah dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan lanjut. Daripada jumlah ini, tiga (3) orang telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, manakala dua (2) orang lagi masih dirawat di hospital. Kesemua kes yang masih dirawat di hospital telah beransur pulih.

urti cheras

Gejala yang dikesan dalam kalangan mereka yang disaring adalah melibatkan demam, batuk dan selesema. Ujian makmal yang dijalankan ke atas sebahagian dari kes bergejala tersebut mendapati hanya seorang (1) murid telah dikesan positif bagi influenza A (H1N1), manakala sampel kes yang lain yang telah diuji adalah negatif bagi ujian pengesanan virus influenza. Sehingga kini, kes yang dikesan hanya melibatkan kelas pra-sekolah sahaja. Penutupan kelas yang terlibat pada 17 April 2017 adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman, yang dilaksanakan secara bersama oleh pihak sekolah dengan pasukan dari Pejabat Kesihatan Cheras. Mengambilkira aktiviti pembersihan yang telah selesai dijalankan, kelas berkenaan telah dibuka semula untuk sesi pembelajaran pada 19 April 2017. Namun begitu, murid-murid yang masih mempunyai gejala adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah sehingga mereka sembuh sebelum kembali menghadiri sekolah. Pemantauan rapi masih dan akan diteruskan untuk suatu tempoh yang telah dikenalpasti oleh pihak Pejabat Kesihatan Cheras bagi mengesan sekiranya terdapat kes baru.

Hakikatnya, jangkitan salur pernafasan adalah sangat mudah untuk berjangkit DAN penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat-tempat yang padat. Secara amnya, jangkitan saluran pernafasan boleh mengakibatkan gejala jangkitan yang ringan pada individu biasa tetapi kadangkala ia juga boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti radang paru-paru kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes mellitus), lelah dan sebagainya.

Begitu juga, terdapat rawatan yang berkesan bagi merawat jangkitan salur pernafasan. Justeru, mendapatkan rawatan segera bagi gejala jangkitan yang dialami adalah amat penting bagi mengelakkan ianya menjadi bertambah serius, seterusnya menimbulkan komplikasi yang tidak diingini.

18010684_10154301612291237_4232987309119485966_n

Sebagai langkah-langkah pencegahan penularan jangkitan salur pernafasan, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitiser, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan salur pernafasan adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup muka. Orang awam diminta segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan untuk mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

20 April 2017

screenshot-2015-02-27-22-01-23screenshot-2015-02-27-22-01-48

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s