Healthcare Transformation

Kenyataan Akhbar KPK 28 April 2017 – Sambutan Hari Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 Serta Pelancaran Garis Panduan Mencegah & Menangani Kekerasan Terhadap Anggota Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa mengambil berat terhadap keselamatan dan kesihatan anggotanya, di mana mereka adalah merupakan aset utama dan terbesar buat KKM. Ini adalah selaras dengan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Occupational Safety and Health Act 1994) yang menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan setiap majikan dan individu yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja kepada semua pekerjanya.

Pada hari ini KKM telah mengambil inisiatif melancarkan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota KKM, di mana garis panduan ini merangkumi rujukan bagi warga kerja KKM berkenaan:

  • Undang-undang yang berkaitan untuk melindungi anggota KKM,
  • Tindakan yang perlu diambil oleh mangsa dan semua pihak yang terlibat,
  • Langkah pelaporan dan proses notifikasi yang perlu dilaksanakan jika sesuatu insiden kekerasan terjadi,
  • Struktur governan (governance structure) bagi setiap program dan fasiliti bagi menangani insiden kekerasan terhadap warga kerja.

18156067_1539969846026898_7845151451267770146_o

Adalah menjadi hasrat setiap individu di KKM untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dalam suasana yang kondusif. Namun, kekerasan terhadap penjawat awam, khususnya terhadap anggota KKM yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini adalah sangat membimbangkan.  Kekerasan yang sering dialami adalah dalam bentuk serangan secara fizikal, perkataan, seksual mahupun bertulis yang secara sengaja bertujuan untuk mencederakan, membuat kerosakan atau mendatangkan mudarat psikologi kepada mangsa. Kekerasan seumpama ini sedikit sebanyak mungkin dapat mengganggu produktiviti anggota KKM dalam menjalankan tugas secara professional. Seperti juga pekerjaan lain, anggota kesihatan juga berhak untuk bekerja dalam suasana yang harmoni.

18208942_1539969939360222_4755842252519437114_o18155936_1539969936026889_3115407399894051234_o

Diharap dengan wujudnya garis panduan ini, kekerasan pelanggan terhadap warga KKM dapat ditangani dengan lebih berkesan. Ini juga menunjukkan KKM dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kerja KKM, dan pada masa yang sama mutu penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik dapat disampaikan kepada pelanggan sekiranya gangguan seumpama ini terhadap anggota KKM dapat dikurangkan.

Pelancaran ini adalah bersempena dengan Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia yang disambut pada 28 April setiap tahun seperti yang telah diperkenalkan oleh International Labour Organisation (ILO). Tema sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Sedunia pada tahun ini adalah Optimize The Collection and Use of Occupational Safety & Health Data. Data dan informatik kesihatan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan warga kerja dapat mencerminkan tahap kesihatan warga kerja sesebuah organisasi tersebut.

ab

Antara trend penyakit pekerjaan yang ketara di kalangan anggota KKM adalah Tuberkulosis (TB) yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana trend ini adalah sejajar dengan peningkatan kes-kes TB di kalangan masyarakat. Pendedahan kepada risiko jangkitan TB adalah antara risiko pekerjaan yang dihadapi anggota KKM ketika merawat pesakit TB memandangkan pesakit perlu mendapatkan rawatan di fasiliti KKM.

Menyedari risiko ini, KKM telah mengambil langkah proaktif bagi menanganinya dengan memperkenalkan inovasi di wad isolasi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan membuat pengubahsuaian serta menempatkan ciri-ciri tambahan bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif serta mengurangkan risiko pekerjaan kepada kakitangan yang merawat pesakit TB. Inovasi ini yang merupakan kerjasama di antara HTAR dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Bahagian Kejuruteraan telah berjaya mengurangkan kes TB di kalangan kakitangan HTAR. Inovasi ini akan dikembangkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan yang lain.

aa

KKM ingin menekankan bahawa ia sememangnya memastikan pemberian perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi dengan memberi keutamaan kepada pelanggan, telus dan cekap serta menekankan sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan, selaras dengan misi KKM. Sebarang cadangan membina atau aduan daripada pelanggan bolehlah disalurkan melalui laman Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) KKM (www.moh.spab.gov.my), Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital, Pegawai Kesihatan Daerah, dan sebagainya. Siasatan yang adil dan telus akan dilaksanakan, serta tindakan yang sewajarnya akan diambil atas aduan dan cadangan yang dikemukakan.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

 

28 APRIL 2017

18121766_1536486436375239_1640072295692304178_o

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s