Kenyataan Akhbar KPK 17 Mei 2017 – Pewartaan Sepuluh Kawasan Larangan Merokok di Bawah Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR)

Sukacita dimaklumkan bahawa sebanyak sepuluh (10) kawasan di negeri Kelantan telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004, berkuatkuasa mulai 15 Mei 2017 (senarai tempat pewartaan adalah seperti di Lampiran). Pewartaan ini merupakan satu usaha di bawah Inisiatif Bandar Bebas Rokok yang sebelum ini telah dibangunkan di beberapa negeri, misalnya Melaka (Melaka Bebas Asap Rokok), Johor (Johor Bebas Asap Rokok), dan Pulau Pinang (Pulau Pinang Bebas Asap Rokok). Inisiatif di Kelantan ini adalah dikenali sebagai Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR).

Pewartaan kawasan larangan merokok ini adalah bertujuan bagi melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok. Selain daripada itu, tujuan lain adalah untuk membudayakan amalan tidak merokok di kalangan masyarakat Malaysia dengan menghadkan kawasan yang dibenarkan merokok terutama di kawasan tumpuan orang awam.

13239454_1701610980112263_2363567912073329183_n

Peraturan kawasan larangan merokok melindungi hak golongan bukan perokok untuk bernafas udara yang segar. Di samping itu juga, peraturan ini membantu mengurangkan pencemaran udara persekitaran.

Orang ramai diminta agar menghormati dan akur kepada peraturan larangan merokok di kawasan-kawasan ini. Selain daripada itu, pihak bertanggungjawab terhadap bangunan, kemudahan atau prasarana yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok juga perlu mengambil tanggungjawab bagi memastikan tiada sesiapa yang merokok di dalam kawasan di bawah tanggungjawabnya dan mempamerkan tanda larangan merokok. Kegagalan perokok atau pihak bertanggungjawab mematuhi Peraturan sedia ada akan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara untuk tempoh masa tidak melebihi 2 tahun.

Semoga langkah-langkah yang telah diambil dapat membantu melahirkan generasi muda negeri Kelantan yang lebih sihat dan bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

17 Mei 2017

 

 Screen Shot 2017-05-17 at 3.22.29 PM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s