Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 Mei 2017 – Isu Mesej Tular Coronavirus Dalam Buah Kurma

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu jangkitan coronavirus yang disebabkan oleh kelawar ke atas buah kurma dari negara Timur Tengah yang tular di dalam media sosial.

KKM telah membuat semakan mengenai perkara ini dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation – WHO) untuk mendapatkan maklumat samada terdapat sebarang amaran atau makluman yang telah dikeluarkan oleh Negara Timur Tengah atau negara lain. Pihak WHO memaklumkan buat masa ini tiada amaran berkaitannya yang dikeluarkan oleh pihak WHO mahupun Kementerian Kesihatan negara yang dinyatakan.

WhatsApp Image 2017-05-20 at 4.28.15 PM.jpeg

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak mempercayai berita-berita yang tidak tepat yang boleh mengelirukan dan boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat. Perkongsian mesej tular yang tidak tepat boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat dan menggugat kesejahteraan umum.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

20 Mei 2017

 

1 reply »

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s