Kenyataan Akhbar KPK 27 Mei 2017 – Isu Buah Kurma Tercemar dengan Lipas dan Kumbang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang menular di laman media sosial berkaitan buah kurma yang tercemar dengan lipas dan kumbang. KKM memandang serius berhubung isu ini dan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan serta di pintu masuk bagi memastikan makanan berkenaan adalah selamat.

18582238_1681878865441596_5487476167911950299_n

Di samping itu, KKM ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat. Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum menikmati makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

Selamat menjalani ibadah berpuasa dan berbuka puasa kepada semua Umat Islam.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

27 Mei 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s